Thursday, November 6, 2008

Alya Jatuh Katil..


Nih ecah nak citer beberapa hari yang lepas ANAK ECAH JATUH KATIL!!! Hari ape ye? Isnin kot? huh ecah pun tak berapa nak tau sangat cerita sebenar sebab masa tu ecah kat opis!! Naik gila ecah dibuatnya!! Apa lagi ecah dan suami pun terus berkejar balik rumah..Memang bantai mengamok satu rumah bergegar. Cerita yang ecah dengarlah dari adik ecah yang first jumpa alya, ayie.. Adik ecah yang lelaki sorang tu tidur sebelah baby atas katil ecah konon nak halang baby dari jatuh katil la kan. Alih-alih dia yang tidur mati beralih plak. Tau jelah alya dah pandai berguling jatuh!!!!!!!!! Tinggi tuuu.. katil ecah lebih dari 2 kaki tinggi.. Bila dengar suara tangisannya yang kuat, semua yang dalam rumah terus bergegas tengok.. Sedar-sedar ayie jumpa dia dah ada bawah katil sedang meniarap sambil meraung.. MasyaAllah berderau darah ecah mendengarnya..


Nasib ecah mungkin baik mungkin tidak. Tak tahulah kena observe alya dalam seminggu ni "jangan ada muntah atau/dan demam." Alya tak boleh muntah, demam, nangis, batuk, sakit dan macam-macamlah. Susah juga nak pastikan tu semua.. Dan akhirnya, doktor telah memberikan ubat antibiotik & kurang bengkak mesti habis dan ubat demam in case. Kesemuanya perlu diminum 3ml setiap tiga kali sehari kecuali ubat demam kalau demam sahaja. Ecah dan suami pulak dapat time-slip petang tuh. So takdelah masalah kalau keluar emergency adalah surat, taklah kena potong gaji!! huhhh..


Setakat ni alhamdulillah.. alya tak ada semua simptom-simptom tu. Malah pelik pun ada.. Semasa check kat doktor, tak jumpa pulak kesan-kesan lebam atau bengkak. Tulang-tulang pun macam ok je.. Alya siap agah-agah doktor plak nak tunjuk macam sihat.. Mujur tiada kesan kepala terhentak. Kalau tak ecah pun rasa macam mahu mati je..

2 comments:

rianafatiha said...

huhu.... naseb bby xde pape...

Aishah Hashim said...

to rianafatiha..

huhu~ kena jaga jaga juga.. bak kate doktor.. observe.. observe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin