Thursday, November 6, 2008

Rawatan Orthodonticku..

Ecah dating..
Haha jadi jugak semalam ke Secret Recipe melepaskan rasa mengidamkan ayam yang dipotong keluar keju meleleh-leleh. Dating time!!~ Nama sajian ala carte yang ecah suka sangat tu ialah Chicken Cordon' Bleu. So sape-sape nak try bolehlah ke restoran nih. Selain tu ecah juga makan Mushroom Soup dengan Chocolate Indulgence Cake. Sebenarnya ecah nakkan kek cheese kegemaran ecah espresso cheese, tapi out of stocklah plak. Takpelah kek lain pun bolehlah.. Setelah makan dengan penuh nikmat, eheh..  dah malam singgah masjid jap solat maghrib dan kemudiannya singgah kat kedai lain beli ayam golek plak yang dipesan oleh mak ecah.

Chocolate Indulgence & Chicken Cordon'Bleu..
Sebetulnya, malam tadi ecah dan suami dah rancang nak ke Klinik Gigi kat Rawang. Nak cari klinik yang boleh sambungkan orthodontic treatment ecah yang dah lama tergendala. Yang dulu punya tak larat nak bayar so cari yg murah sket. Tambah pula ecah gosok gigi ganas sangat sampai tercabut plak wire braces ni. Perrgghhh nyilu dan rase nak tertanggal je semua gigi ni. adehhh..

Gigi besi Ecah!!~
Akhirnya Doktor Chek yang lawa tu bersetuju juga nak sambungkan rawatan gigi besi ecah ni dengan harga yang boleh la tahan. Dah dekat 2 tahun pakai rasa dah tak larat dah ni. Tinggal sikit je pun gap yang nak disambungkan. Doktor pun kata gigi ecah dah boleh buka braces tak lama lagi dan sambung guna retainer je. Weeehoooooo!!~ 

Set bedak MAC ecah..
Kebetulan masa ecah sampai rumah, ungu & azam pun balik sama dari Shah Alam. Hehe set MAC yang original nih.. Pekenakan set make-up baru yang sempat ungu belikan untuk ecah. Set basic je ada matte foundation 30ml, matte compact & loose powder, blusher, black eye liner & free sharpener. Lepas ni blehlah nampak duit terbang kat kepala ecah.. Thanks tau lain kali ecah order barang make-up kat ungu jer okeh.. cayang ungu!!~

3 comments:

cemut said...

ler xprasan plak slama ni ecah pakai braces.hihi..gordon blue tu sedap.peberet my tunang..hihihi

Ecah said...

to cemut..

ecah dah agak dah tak ramai pun yang prasan.. hihihi.. Cordon Bleu la cemut.. hahaha..

Atiq92 said...

ai kakakku yang bergigi besi..
posting gigi nampak? hahaha..
amboi amboi dia makan corodon blue..
yang kitorang ni makan ayam golek jerrr???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin