Saturday, November 8, 2008

Sepetang Di Kebun Naga..

Semalam petang balik dari kerja, mak ecah ada ajak ecah ke Kebun Naga yang terletak di tepi jalan menghala ke Ampang Pecah & Kuala Kubu Bharu. Huh ecah kalau orang dah ajak cepat je bersiap nak pergi. Tambah lagi kalau nak ke kebun buah memang ecah suka!!~ huahuahua!!~


Mak ecah dah lama mengimpikan kebun naga sendiri. Tambah lagi kalau buahnya merah dan manis. Hehe.. ecah pun tumpang happylah kitorang semua satu keluarga memang hantu buah naga!!~ huahuahua!!~ Tujuan utama ke kebun ni bukanlah nak beli buah naga, tapi nak dapatkan anak benihnya. Fuhh!! Banyak juga wak-wak nih mencantas.. adalah dalam lebih dari 50 anak pokok. Ecah beli cuma 30 batang je, tapi agaknya seronok tengok ecah & mak ecah yang overacting posing tangkap gambar dalam kebun. Wak tu bagi lebih daripada 20 anak pokok percuma!!~ Baik sungguh hati wak.. hehehh.. tapikan wak yang bagi free tu macam seganlah bila ecah nak amik gambar dia. Lain la wak yang sorang kat bawah nih.. gumbire sungguh dia.. hahahaha!!


Baiklah wak.. Akan ecah ingat pesan-pesan dan tips-tips nak membela pokok-pokok naga nih. Cara-cara nak menanam senang jerr. Setiap tiang konkrit bolehlah ditanam sebanyak empat anak pokok. Tanam pangkal yang dicantas tu dalam dua inci sahaja. Kemudian, ikat pokok merapat ke tiang dengan tali rafia. Boleh guna tayar-tayar buruk untuk tinggikan tanah di sekeliling pokok. Pokok ni pun tak banyak songeh nak menjaganya. Tak perlu siram selalu. Bila hari betul-betul panas baru siram tanahnya sekali sehari. Kalau gerimis atau hujan jangan siram. Baja pun tak perlu banyak-banyak. Diorang guna baja tahi ayam. Alah tahi ayam kat Kg. Tok Pinang tu bersepah-sepah. Huhu kutip je kot? Tak pun baja organik ecah pun bleh pakai.. hehehhh.. Nanti kalau tunasnya tumbuh di bahagian bawah, perlulah dicantas jangan kasi hidup. Biar tunasnya tumbuh di bahagian atas supaya cepat naik dan berbunga serta paling best sekali.. berbuah.. sekian untuk kali ini. Nanti ecah update lagi.. balik petang nih nak tengok kerja-kerja menanam pulak.. peace!!~

4 comments:

cemut said...

besar nye die nye kebun naga tuh!!!

Adry said...

owh.. suka makan buah ni.. hehehe... sedap woo... bestnya dapat pergi kebun buah naga...

Aishah Hashim said...

to cemut..

besarkan.. Kalaulah ade tanah seluas ini.. ewah ecah berangan lagi!!! huahuahua!!~

Aishah Hashim said...

to Adry..

ramai pun yang suke buah ni kan.. sedap dan manis gitu.. tapi sekilo pun agak mahal jugak dalam RM8.. Best.. Best..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin