Saturday, July 23, 2011

LADAP 4 SMK SERENDAH : 1 MURID 1 SUKAN

Hari yang agak memenatkan tapi menyeronokkan. Lain daripada yang lain.. selalunya LADAP akan ada ceramah dan sebagainya. Tapi kali ni ceramah 1 Murid 1 Sukan diadakan dalam keadaan yang santai tetapi penuh dengan pengisian teknik sukan. Awal-awal pagi lagi (730 pg je pun..) ecah dah sampai sekolah. Mujur Alya xbangun lagi, kalau tidak mahu jam 8 pagi baru sampai sekolah melayan kerenahnya yang suka merengek.. Takpelah hari ni mak dan adik-adik ada dan dah siap pesan minta tinggalkan Alya di rumah dan tak perlulah hantar ke Taska sekolah.. jimat sikit dah hujung bulan.

Slot pertama selama 2 jam, kami cikgu-cikgu kena pergi ke 5 stesyen yang berlainan dan setiap stesyen kena belajar beberapa teknik sukan yang boleh dipelbagaikan semasa waktu pjk.
Stesyen 1 : Mempelbagaikan teknik pengajaran olahraga
Stesyen 2 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola jaring
Stesyen 3 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola keranjang
Stesyen 4 : Mempelbagaikan teknik pengajaran ping pong
Stesyen 5 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola sepak

Hehe.. Kami mak-mak yong xketinggalan membuat kumpulan..

Walaupun mengandung, kami tak berkecuali untuk bersukan.. sama-sama buat senaman tau.. SENAMAN GELAK!!~ HaHaHa!!~ sambil-sambil tu ecah sibuk dok amik gambar aksi-aksi depa bersukan. Bukan selalu dapat kumpulkan semua cikgu-cikgu untuk bersukan.. dan paham2 lerr.. ade yg dah veteran-veteran.. macam-macam gaya ada..

Monday, July 18, 2011

Sunday, July 10, 2011

Lunch di Kedai Cik Ani Traffic Light Serendah..


Hari ni hubby ecah belanja makan di Kedai Cik Ani kat Traffic Light Serendah. Seronok tengok Alya dah ada selera makan.. selalunya susah sangat nak makan, la ni dah pandai makan sendiri.. Siap do'a makan sekali..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin