Saturday, July 23, 2011

LADAP 4 SMK SERENDAH : 1 MURID 1 SUKAN

Hari yang agak memenatkan tapi menyeronokkan. Lain daripada yang lain.. selalunya LADAP akan ada ceramah dan sebagainya. Tapi kali ni ceramah 1 Murid 1 Sukan diadakan dalam keadaan yang santai tetapi penuh dengan pengisian teknik sukan. Awal-awal pagi lagi (730 pg je pun..) ecah dah sampai sekolah. Mujur Alya xbangun lagi, kalau tidak mahu jam 8 pagi baru sampai sekolah melayan kerenahnya yang suka merengek.. Takpelah hari ni mak dan adik-adik ada dan dah siap pesan minta tinggalkan Alya di rumah dan tak perlulah hantar ke Taska sekolah.. jimat sikit dah hujung bulan.

Slot pertama selama 2 jam, kami cikgu-cikgu kena pergi ke 5 stesyen yang berlainan dan setiap stesyen kena belajar beberapa teknik sukan yang boleh dipelbagaikan semasa waktu pjk.
Stesyen 1 : Mempelbagaikan teknik pengajaran olahraga
Stesyen 2 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola jaring
Stesyen 3 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola keranjang
Stesyen 4 : Mempelbagaikan teknik pengajaran ping pong
Stesyen 5 : Mempelbagaikan teknik pengajaran bola sepak

Hehe.. Kami mak-mak yong xketinggalan membuat kumpulan..

Walaupun mengandung, kami tak berkecuali untuk bersukan.. sama-sama buat senaman tau.. SENAMAN GELAK!!~ HaHaHa!!~ sambil-sambil tu ecah sibuk dok amik gambar aksi-aksi depa bersukan. Bukan selalu dapat kumpulkan semua cikgu-cikgu untuk bersukan.. dan paham2 lerr.. ade yg dah veteran-veteran.. macam-macam gaya ada..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin