Sunday, November 23, 2008

Hari Ini Saya Berkebun..

pokok buah kelapa..
Hari ni pagi-pagi lagi ecah dah bangun bersiap nak ke kebun. Huhu semua pasal dengar cerita semalam ada orang panjat pagar kebun curi buah kelapa. Hai punya banyak tanah tak berpagar yang ada pokok kelapa berbuah tak pulak nak dicurinya. Langsung ecah pun naik mengidam nak minum buah kelapa? huahuahua!!~ Boleh tahan jugak ecah panjat pokok kelapa nih.. sebenarnya buahnya dah berkurang adalah dekat 10 biji ecah panjat dan petik.. tapi bukan panjat macam monyet!! guna tangga okeh.. pokok ni bukanlah tinggi sangat pun.. ayah ecah jaga kat bawah.. hahaha!!~

Potong rumput..
Suami ecah pulak steady jerr kerjanya mesin rumput.. sambil-sambil tu kitorang berdua menolong mak dan ayah ecah menanam pokok naga. Itu pun nak tambah pokok yang ditanam hari tu sampai cukup 20 tiang..

Kebun Ecah..
Hari yang baik kusangka cerah, tapi hujan juga akhirnya.. petang tu hujan lebat sampai ke malam, tak dapek la den nak ko kobon. Hrrmm.. hujan-hujan tengok tv & layan anak ecah yang dah pandai berguling-guling ni sambil hirup air kelapa pun sedap juga.. hihihi!!~

Alya yang dah pandai guling-guling..

3 comments:

cemut said...

air kelapa.sedap!! kalao dpt yg fresh dr pokok lagi la..

anak ecah nye mata cantik!!

Chekgu BaniHassim said...

rajin berkebun..

Ecah said...

to cemut..
hehehe!!~ mesti cemut nih peminat air kelapa gak.. yeke matanya cantik? mekasehh.. :)

to Chekgu BaniHassim..
Huhu!!~ rajin tu taklah.. sekadar menghaniskan cuti di hujung minggu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin