Saturday, November 8, 2008

Tanam Pokok Naga..

Ecah memang dah niat nak menanam pokok-pokok naga yang dibeli oleh mak ecah semalamnya. Abah mentua ecah sangat gembira bila mendengarkan mak ecah nak tanam pokok naga merah di tanah tu. Tapi sayanglah pula, mak ecah pula ada Kursus Kepengetuaan di Pangkor dan tak dapat bersama-sama menanamnya.


Agak banyak juga, sebanyak 13 batang tiang konkrit yang perlu dicabut dan ditanam semula. Yang perit tu nak cabut semula batang konkrit yang dah lama ditanam. Almaklumlah nak menjimatkan kos dengan guna semula tiang pagar dulu yang dah sedia ada. Dah takde pe guna pun.. Paling senang sekali nak cabut tiang yang kat sebelah kolam keli nih. Tapi jerih jugak.. Pasal dah memang elok-elok kat tebing, macam mudah sket la daripada yang lain nak kena gali sekeliling tiang. Lepas tu nak kena hancurkan simen-simen tepi tiang tu pakai pahat.. huh!!~ letih!!~ Jadi kami lima beranaklah bersama-sama buat. Huhu!!~ ecah tak buat la cuma tolong amik gambar je.. Tolong jugakkan..?


Salute lah kat abah mentua ecah, dia sorang boleh angkat tiang-tiang yang berat tu!! Umur da masuk 68 tahun tapi gagah lagi macam badang.. hihi..


Abah mentua ecah yang baju kaler hijau tu dan ayah ecah pulak yang baju kaler biru.. Yang pakai baju kaler merah tu pulak adik bujang ecah, adli.. sekolah lagi, tapi eloklah hujung-hujung minggu menolong kat kebun ade juga faedahnya.. kannn?!!~ hehehe..


Sambil-sambil tu, ecah menjenguk juga kegiatan membuat palung oleh tiga brother yang buatkan bangsal ni. Seronok betul mereka ecah datang amik-amik gambar diorang tengah buat kerja.


Macam biasa balik rumah, inilah penghilang penat dan penghibur setia ecah dan suami tiap kali pulang bekerja..

2 comments:

nieja said...

dragonfruit???
woww...my feberettttt..

Ecah said...

to nieja..

my feberetttt too.. hahaha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin