Monday, November 3, 2008

Wedding member sekolah..

Dalam perjalanan..
Semalam dua kawan masa sekolah ecah kawin.. tapi kedua-duanya sekolah yang berlainan.. seorang tu kawan masa ecah di asrama Yayasan Selangor dulu (Asrama Toh Puan Norashikin) dan seorang lagi satu kelas masa di SMKSC. Kenduri yang pertama diadakan di Dewan MPOB, Bandar Baru Bangi. Tak jauh sangatlah dari Serendah dalam 1jam setengah perjalanan. Huhu~ alya nyenyak betul tidur dalam perjalanan tu..

Bersama Reza Aswad & Azliya..
Sampai-sampai sana, majlis dah pun bermula. Sempat jugalah ecah berjumpa dengan kawan-kawan lama yang lain. Huh lama sungguh tak jumpa. Tapi, dewan sesak jadi tak sempat pulak bergambar.. huahuahua!!~ Walau macam manapun, bergambar bersama pengantin adalah satu kemestian.. hehehe nak jugak..

Lawakan Liya.. Kuning gitu..
Kepada kawan ecah, Azliya dan suaminya Reza.. Selamat Pengantin Baru dan Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga Dengan Cerianya..

Jalan-jalan kat taman syahdu..
Di samping tu, sempat jugak kami berposing di luar dewan yang dah berupa taman bunga.. Alahai teringat zaman percintaan dulu indah dan selalu berjalan-jalan di taman bunga.. kantoi jiwang karat la pulak.. Itu dulu tapi sekarang dengan baby.. heheheheh.. Tengoklah alya bergaya sungguh dengan bunga telur yang dia dapat..

Dengan Aiza..
Kemudiannya, kami bertolak ke satu lagi kenduri di Kg. Pandan. Aduh jenuh mencari rumah dengan jalan yang jamnya. Asyik tersilap jalan je.. maklumlah ecah tak reti sangat jalan kat Kuala Lumpur ni. huhuhu!!~ Sampai-sampai dah jam 4:30 ptg!! Hallamak dah siap bungkuslah pulak khemahnya. hampeh!!~ Tinggi betul rumahnya tingkat 4 letih memanjat. Tapi tak apalah, dah sampai sempat jugaklah menjenguk pengantin biarpun meriah lagi baju ecah.. huahuahua!!~ Begitu juga kepada Aizawati dan pasangannya, Semoga Berbahagia & Berpanjangan.. Huhu letih sampai rumah dah malam.. besoknya ecah nak kerja pula.. hadoi kena hantar suami pagi besok mahu jam 6:30 dah keluar..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin