Thursday, November 13, 2008

My Workstation..

Waduh ecah tak tau lah nak posting ape pada pagi ini.. so, ecah just nak langsaikan hutang tag dari kak azie..


PERMATA HATI.., Picisan Ecah : Berpicis tentang kehidupan, tambah nama blog dan url blog anda di sini..

rules:

  • snap work station anda

  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...

  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..

  • tengok contoh yang dibuat nih...

  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...

  • sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...

  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...

  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


  • Disebabkan syarat-syarat ni memerlukan kite untuk pass kepada 7 orang.. Ecah dah pilih dah. Sorry lah pada yang dah terkena tag tu semoga ia berkembang jugak.. dan jangan lupa untuk 'link'kan kepada siapa kamu pass tag ini.. huhuhu!!~

    Dan seterusnya tag ini kepada..
    1. Adry Sabri
    2. Anuar
    3. Chime
    4. DhiyaRuzanna
    5. Kika
    6. Nieja
    7. Ungu

    Ecah Masuk TV..?

    Sebenarnya, pagi ini setelah segala kerja dibereskan.. ecah tak tahu nak posting apa. So, layan-layankan aje surfing dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Sambil-sambil membelek emel yang baru tiba, terjumpa satu emel yang menarik perhatian ecah untuk membacanya. Huhuhu a newsletter dari [UTMChoir YahooGroups] - Koir UTM Yang Sepi.. Baca memang macam sedih tapi tula, ecah mula la nak terkenang balik time aktif Koir masa kat UTM dulu. Zaman ecah belom pakai gigi besi!!~ huahuahua!!~


    Dah bermacam kenangan ecah kumpul masa zaman menyertai koir. Sampai ke Jerman pun ada. Gambar yang di atas ni, adalah sedikit gambar kenangan semasa di Jerman dulu. Kami menyertai Festival Choir Olympic di Bremen, Germany semasa musim panas tahun 2004. Sangat enjoy katak okeh. Huh rindulah nak nyanyi semua lagu-lagu koir.. ada lebih dari 50 lagu yang pernah ecah nyanyi dan berlatih sepanjang 5 tahun.. yeke? tipu je tuh!! hahaha!!~


    Dalam emel tu, Pak Herman a.k.a. jurulatih kesayangan dah macam ayah ecah pun ada mengajak.. "kalau lapang bukalah you tube - koir utm." Ecah apa lagi, teruslah search Koir UTM di Youtube. Biarpun kualiti videonya agak kurang memuaskan. Tapi kira oklah tu, ini jelah kenangan yang dapat ecah kongsikan bersama kawan-kawan bloggerz yang lain. Credits kepada mereka-mereka yang sudi uploadkan video ke youtube cahayabulan & leybra.. ehehh.. kawan-kawan ecah juga mereka tu..


    Video yang atas ni adalah video rakaman program Ritma Menara yang ditayangkan di RTM TV1 & TV2. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu dari Indonesia.. Jangkrik Genggong.. dan ecah berdiri kat depan skali membawakan suara Soprano!!~ Masa nih sangat bangga terkembang idung okeh sampai sume ahli keluarga duduk kat depan tv nak tengok ecah dan teman-teman koir menyanyi!!~ huahuahua!!~


    Video yang atas ni pula diambil semasa menjalani rakaman di TV3 dalam akhir tahun 2004. Duh maleh nak citer pepanjang.. papehal pun, "enjoy your life to the fullest!!~" okies..

    Monday, November 10, 2008

    Wedding Ieja & Akbar..

    Dalam perjalanan..
    Semalam ecah telah pun menghadiri perkahwinan seorang lagi rakan masa kat ATPN dulu. Yang bestnya, dia ni adalah anak bongsu kepada seorang pelakon kegemaran mak mentua ecah, Rominah Sidek a.k.a. Mak Mah.. Ecah dulu tinggal satu asrama dengan ieja, tapi kami berlainan sekolah. Walau macam mana pun, kami satu bilik dan satu kelas tambahan di asrama..

    Wedding Ieja..
    Agak meriah suasana kat sana siap ada kugiran dan tarian zapin gitu. Tapi ecah tak sempat la plak nak amik gambar diorang menari zapin pasal ecah sibuk nak makan.. huahuahua!!~

    Ieja..
    Kepada Ieja & Akbar, Selamat Pengantin Baru ecah ucapkan.. Semoga Dimurahkan Rezeki dan cepat-cepat dapat baby.. hehehhehh.. Thanks for inviting..


    Memandangkan kami telah pun berada di Meru, Kelang. Ecah tak lupa pula untuk menyinggah ke tempat ecah berkursus dulu semasa dalam perjalanan pulang.. Alah dah dekat sangat tapi tuannya, En. Shahadi pula tak ada.. yang ada hanyalah pekerjanya, Abang Ujang dan beberapa orang yang datang melawat ladang. Sempatlah ecah menimba sedikit lagi ilmu berkaitan dengan penternakan yang ecah nak buat nih..


    Hari yang agak seronok dan nasib Alya tak meragam sepanjang hari tu. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi ecah ambil gambar aksi anak ecah dengan botol susunya.. Good girl!!~ Enjoy!!~

    Saturday, November 8, 2008

    Tanam Pokok Naga..

    Ecah memang dah niat nak menanam pokok-pokok naga yang dibeli oleh mak ecah semalamnya. Abah mentua ecah sangat gembira bila mendengarkan mak ecah nak tanam pokok naga merah di tanah tu. Tapi sayanglah pula, mak ecah pula ada Kursus Kepengetuaan di Pangkor dan tak dapat bersama-sama menanamnya.


    Agak banyak juga, sebanyak 13 batang tiang konkrit yang perlu dicabut dan ditanam semula. Yang perit tu nak cabut semula batang konkrit yang dah lama ditanam. Almaklumlah nak menjimatkan kos dengan guna semula tiang pagar dulu yang dah sedia ada. Dah takde pe guna pun.. Paling senang sekali nak cabut tiang yang kat sebelah kolam keli nih. Tapi jerih jugak.. Pasal dah memang elok-elok kat tebing, macam mudah sket la daripada yang lain nak kena gali sekeliling tiang. Lepas tu nak kena hancurkan simen-simen tepi tiang tu pakai pahat.. huh!!~ letih!!~ Jadi kami lima beranaklah bersama-sama buat. Huhu!!~ ecah tak buat la cuma tolong amik gambar je.. Tolong jugakkan..?


    Salute lah kat abah mentua ecah, dia sorang boleh angkat tiang-tiang yang berat tu!! Umur da masuk 68 tahun tapi gagah lagi macam badang.. hihi..


    Abah mentua ecah yang baju kaler hijau tu dan ayah ecah pulak yang baju kaler biru.. Yang pakai baju kaler merah tu pulak adik bujang ecah, adli.. sekolah lagi, tapi eloklah hujung-hujung minggu menolong kat kebun ade juga faedahnya.. kannn?!!~ hehehe..


    Sambil-sambil tu, ecah menjenguk juga kegiatan membuat palung oleh tiga brother yang buatkan bangsal ni. Seronok betul mereka ecah datang amik-amik gambar diorang tengah buat kerja.


    Macam biasa balik rumah, inilah penghilang penat dan penghibur setia ecah dan suami tiap kali pulang bekerja..

    Sepetang Di Kebun Naga..

    Semalam petang balik dari kerja, mak ecah ada ajak ecah ke Kebun Naga yang terletak di tepi jalan menghala ke Ampang Pecah & Kuala Kubu Bharu. Huh ecah kalau orang dah ajak cepat je bersiap nak pergi. Tambah lagi kalau nak ke kebun buah memang ecah suka!!~ huahuahua!!~


    Mak ecah dah lama mengimpikan kebun naga sendiri. Tambah lagi kalau buahnya merah dan manis. Hehe.. ecah pun tumpang happylah kitorang semua satu keluarga memang hantu buah naga!!~ huahuahua!!~ Tujuan utama ke kebun ni bukanlah nak beli buah naga, tapi nak dapatkan anak benihnya. Fuhh!! Banyak juga wak-wak nih mencantas.. adalah dalam lebih dari 50 anak pokok. Ecah beli cuma 30 batang je, tapi agaknya seronok tengok ecah & mak ecah yang overacting posing tangkap gambar dalam kebun. Wak tu bagi lebih daripada 20 anak pokok percuma!!~ Baik sungguh hati wak.. hehehh.. tapikan wak yang bagi free tu macam seganlah bila ecah nak amik gambar dia. Lain la wak yang sorang kat bawah nih.. gumbire sungguh dia.. hahahaha!!


    Baiklah wak.. Akan ecah ingat pesan-pesan dan tips-tips nak membela pokok-pokok naga nih. Cara-cara nak menanam senang jerr. Setiap tiang konkrit bolehlah ditanam sebanyak empat anak pokok. Tanam pangkal yang dicantas tu dalam dua inci sahaja. Kemudian, ikat pokok merapat ke tiang dengan tali rafia. Boleh guna tayar-tayar buruk untuk tinggikan tanah di sekeliling pokok. Pokok ni pun tak banyak songeh nak menjaganya. Tak perlu siram selalu. Bila hari betul-betul panas baru siram tanahnya sekali sehari. Kalau gerimis atau hujan jangan siram. Baja pun tak perlu banyak-banyak. Diorang guna baja tahi ayam. Alah tahi ayam kat Kg. Tok Pinang tu bersepah-sepah. Huhu kutip je kot? Tak pun baja organik ecah pun bleh pakai.. hehehhh.. Nanti kalau tunasnya tumbuh di bahagian bawah, perlulah dicantas jangan kasi hidup. Biar tunasnya tumbuh di bahagian atas supaya cepat naik dan berbunga serta paling best sekali.. berbuah.. sekian untuk kali ini. Nanti ecah update lagi.. balik petang nih nak tengok kerja-kerja menanam pulak.. peace!!~

    Thursday, November 6, 2008

    Rawatan Orthodonticku..

    Ecah dating..
    Haha jadi jugak semalam ke Secret Recipe melepaskan rasa mengidamkan ayam yang dipotong keluar keju meleleh-leleh. Dating time!!~ Nama sajian ala carte yang ecah suka sangat tu ialah Chicken Cordon' Bleu. So sape-sape nak try bolehlah ke restoran nih. Selain tu ecah juga makan Mushroom Soup dengan Chocolate Indulgence Cake. Sebenarnya ecah nakkan kek cheese kegemaran ecah espresso cheese, tapi out of stocklah plak. Takpelah kek lain pun bolehlah.. Setelah makan dengan penuh nikmat, eheh..  dah malam singgah masjid jap solat maghrib dan kemudiannya singgah kat kedai lain beli ayam golek plak yang dipesan oleh mak ecah.

    Chocolate Indulgence & Chicken Cordon'Bleu..
    Sebetulnya, malam tadi ecah dan suami dah rancang nak ke Klinik Gigi kat Rawang. Nak cari klinik yang boleh sambungkan orthodontic treatment ecah yang dah lama tergendala. Yang dulu punya tak larat nak bayar so cari yg murah sket. Tambah pula ecah gosok gigi ganas sangat sampai tercabut plak wire braces ni. Perrgghhh nyilu dan rase nak tertanggal je semua gigi ni. adehhh..

    Gigi besi Ecah!!~
    Akhirnya Doktor Chek yang lawa tu bersetuju juga nak sambungkan rawatan gigi besi ecah ni dengan harga yang boleh la tahan. Dah dekat 2 tahun pakai rasa dah tak larat dah ni. Tinggal sikit je pun gap yang nak disambungkan. Doktor pun kata gigi ecah dah boleh buka braces tak lama lagi dan sambung guna retainer je. Weeehoooooo!!~ 

    Set bedak MAC ecah..
    Kebetulan masa ecah sampai rumah, ungu & azam pun balik sama dari Shah Alam. Hehe set MAC yang original nih.. Pekenakan set make-up baru yang sempat ungu belikan untuk ecah. Set basic je ada matte foundation 30ml, matte compact & loose powder, blusher, black eye liner & free sharpener. Lepas ni blehlah nampak duit terbang kat kepala ecah.. Thanks tau lain kali ecah order barang make-up kat ungu jer okeh.. cayang ungu!!~

    Subsidi Kereta..


    Hurrayyy.. hari ni time lunch ecah gi ikut kawan-kawan ecah ke post office. Masing-masing ada urusan masing-masing. So, ecah tak melepaskan peluang untuk ambil duit subsidi kereta. See? tak banyak pun RM625 jerrr.. Bleh lah lepas ni nak ajak cik abang makan Secret Recipe makan ayam yang bila potong keluar cheese meleleh-leleh gitu.. syedapppp tak ingatttt!!~ tapi hampehh.. duit ni kena bagi mak ecah la plak.. nak pakai duit katanye.. huhuhu!!~ takpela posing je pun jadilahhh..

    nasi ayam..
    Dan hari ini lunch macam sedap jerr.. Nasi ayam.. nyum nyum.. takde kene mengena okeh..

    Alya Jatuh Katil..


    Nih ecah nak citer beberapa hari yang lepas ANAK ECAH JATUH KATIL!!! Hari ape ye? Isnin kot? huh ecah pun tak berapa nak tau sangat cerita sebenar sebab masa tu ecah kat opis!! Naik gila ecah dibuatnya!! Apa lagi ecah dan suami pun terus berkejar balik rumah..Memang bantai mengamok satu rumah bergegar. Cerita yang ecah dengarlah dari adik ecah yang first jumpa alya, ayie.. Adik ecah yang lelaki sorang tu tidur sebelah baby atas katil ecah konon nak halang baby dari jatuh katil la kan. Alih-alih dia yang tidur mati beralih plak. Tau jelah alya dah pandai berguling jatuh!!!!!!!!! Tinggi tuuu.. katil ecah lebih dari 2 kaki tinggi.. Bila dengar suara tangisannya yang kuat, semua yang dalam rumah terus bergegas tengok.. Sedar-sedar ayie jumpa dia dah ada bawah katil sedang meniarap sambil meraung.. MasyaAllah berderau darah ecah mendengarnya..


    Nasib ecah mungkin baik mungkin tidak. Tak tahulah kena observe alya dalam seminggu ni "jangan ada muntah atau/dan demam." Alya tak boleh muntah, demam, nangis, batuk, sakit dan macam-macamlah. Susah juga nak pastikan tu semua.. Dan akhirnya, doktor telah memberikan ubat antibiotik & kurang bengkak mesti habis dan ubat demam in case. Kesemuanya perlu diminum 3ml setiap tiga kali sehari kecuali ubat demam kalau demam sahaja. Ecah dan suami pulak dapat time-slip petang tuh. So takdelah masalah kalau keluar emergency adalah surat, taklah kena potong gaji!! huhhh..


    Setakat ni alhamdulillah.. alya tak ada semua simptom-simptom tu. Malah pelik pun ada.. Semasa check kat doktor, tak jumpa pulak kesan-kesan lebam atau bengkak. Tulang-tulang pun macam ok je.. Alya siap agah-agah doktor plak nak tunjuk macam sihat.. Mujur tiada kesan kepala terhentak. Kalau tak ecah pun rasa macam mahu mati je..

    Monday, November 3, 2008

    Wedding member sekolah..

    Dalam perjalanan..
    Semalam dua kawan masa sekolah ecah kawin.. tapi kedua-duanya sekolah yang berlainan.. seorang tu kawan masa ecah di asrama Yayasan Selangor dulu (Asrama Toh Puan Norashikin) dan seorang lagi satu kelas masa di SMKSC. Kenduri yang pertama diadakan di Dewan MPOB, Bandar Baru Bangi. Tak jauh sangatlah dari Serendah dalam 1jam setengah perjalanan. Huhu~ alya nyenyak betul tidur dalam perjalanan tu..

    Bersama Reza Aswad & Azliya..
    Sampai-sampai sana, majlis dah pun bermula. Sempat jugalah ecah berjumpa dengan kawan-kawan lama yang lain. Huh lama sungguh tak jumpa. Tapi, dewan sesak jadi tak sempat pulak bergambar.. huahuahua!!~ Walau macam manapun, bergambar bersama pengantin adalah satu kemestian.. hehehe nak jugak..

    Lawakan Liya.. Kuning gitu..
    Kepada kawan ecah, Azliya dan suaminya Reza.. Selamat Pengantin Baru dan Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga Dengan Cerianya..

    Jalan-jalan kat taman syahdu..
    Di samping tu, sempat jugak kami berposing di luar dewan yang dah berupa taman bunga.. Alahai teringat zaman percintaan dulu indah dan selalu berjalan-jalan di taman bunga.. kantoi jiwang karat la pulak.. Itu dulu tapi sekarang dengan baby.. heheheheh.. Tengoklah alya bergaya sungguh dengan bunga telur yang dia dapat..

    Dengan Aiza..
    Kemudiannya, kami bertolak ke satu lagi kenduri di Kg. Pandan. Aduh jenuh mencari rumah dengan jalan yang jamnya. Asyik tersilap jalan je.. maklumlah ecah tak reti sangat jalan kat Kuala Lumpur ni. huhuhu!!~ Sampai-sampai dah jam 4:30 ptg!! Hallamak dah siap bungkuslah pulak khemahnya. hampeh!!~ Tinggi betul rumahnya tingkat 4 letih memanjat. Tapi tak apalah, dah sampai sempat jugaklah menjenguk pengantin biarpun meriah lagi baju ecah.. huahuahua!!~ Begitu juga kepada Aizawati dan pasangannya, Semoga Berbahagia & Berpanjangan.. Huhu letih sampai rumah dah malam.. besoknya ecah nak kerja pula.. hadoi kena hantar suami pagi besok mahu jam 6:30 dah keluar..

    Sunday, November 2, 2008

    Kolam Keli..


    Update semalam.. Lepas habis kerja, ecah dan suami macam biasa akan ke kebun siram-siram dan membaja pokok yang ada. Lega rasanya proses penyiapan bangsal tu dah hampir 90% siap. Tinggal nak buat lantai simennya dan pasang net hitam. Kebetulan sebahagian pasir yang digunakan untuk menambak lantai diambil dalam kebun tu juga. Huh.. hasilnya, sebuah kolam kecil yang panjang. Huhu~ Kolam sebenarnya lurus je ok. Gambar atas tu ecah guna mode panorama tu yang jadi bengkok sket kolamnya. Alang-alang dah korek kolam, abah mentua ecah rancang nak buat kolam ikan keli secara sambilan. Huhu.. senang-senang je 1000 ekor bleh dapat bela dalam kolam tu. Merancang je baru, selainnya nantilah ada masa kena kursus pulak.. huahuahua!!~


    Kebetulan ecah pergi ke kebun, pekerja-pekerja tengah bertungkus-lumus membuat simen lantai. Huhu tokei datang kenalah rerajin ye tak? Ecah siap bawa ayah dan adik datang menjenguk projek. Hehe.. tak sangka ayah baik sangat hati nak repair rumah tu. Tapi kena tunggu bulan 12 la katanya.. tunggu hadiah hari jadi ayah tahun nih.  Huhu sayang ayah.. mmmuaahhhxx!!


    Sempat ecah amik gambar atas ni buat kenangan. Suatu masa nanti pasti akan berubah wajah. Huhu siapelah yang berbaju merah tu ye.. Bersemangat betul mencabut ubi gajah!!~ huahuahua..


    Tokeh pun buat kerja juga. Buat pangkin supaya senang nak duduk-duduk rehat-rehat melepaskan penat.. Sampai ke malam diorang bekerja. Ecah pun turut serta tapi tulah.. kalo nak mencangkul tidaklah, ecah tak boleh buat lagi semua tu. Huahuahua!!~ Setakat amik gambar bolehlah.. Alhamdulillah.. balik dari kerja inilah penghibur duka lara..

    alya seksi..

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin