Haii!!! Ecah baru balik dari melawat rumah pakcik.. Ya Allah tuhan jelah yang tahu betapa gembiranya hati ini.. si puteri manja dah balik dari berjalan dengan atuk, nenek dan pakcik makciknya yang balik ke Seremban semalam untuk berjumpa dengan Wan Onyang nye.. Last jumpa pagi semalam sebelum pergi kerja tapi dia tengah tidur lagi.. Lama juga walaupun tidur sana 1 hari.. Bukan ecah tak mahu balik tapi ada banyak urusan perniagaan yang terpaksa diuruskan. Maklum sangat perusahaan baru nak bertapak. Banyak yang perlu dipelajari. Sekarang ni tengah mencari sumber untuk mulakan projek baru pula. Huhu.. InsyaAllah..
Alya dah semakin sihat semenjak baru baik dari demam hari tu.. Nampak badannya mula naik dan kuat makan.. Dan tak boleh duduk diam, ada aja telatahnya yang melucukan hati nak mendapatkan perhatian.. Semenjak sudah ada 2 gigi yang tumbuh, sekarang sudah pandai mengunyah.. sepinggan nasi pun boleh habis tapi tula, sampai perut keras baru nak berhenti makan.. bila tak diberi marah dan dah pandai tunjuk ragam selagi tak dapat.. uihh dah pandai merengek nak kan sesuatu..
Biarla ada orang nak baca ke tak nak tapi ecah nak jugak senaraikan kat sini sebelum ecah terlupa kenangan ni satu masa nanti.. Sekarang.. sudahh pandai..
Sudah pandai bye bye..
[Tatatatata!! biasa dah]
Sudah pandai mintak nasi..
[Nakkkkk!!!! Nakkkkk!!]
Sudah pandai mintak air..
[Numnumm!! numnum!!!!]
Sudah pandai say no..
[Nononono!! siap dgn goyang jari telunjuk]
Sudah pandai nyanyi..
[Hmmm hemmm.. hemm hemm..]
Sudah pandai joget..
[goyang-goyang punggung & kepala bila dengar lagu/zikir]
Sudah pandai kiss kiss..
[Mmmmuahhhhh cam mulut itik..]
Sudah pandai pegang botol sendiri..
[tp kadang2 malas..]
Sudah pandai mintak nasi..
[Nakkkkk!!!! Nakkkkk!!]
Yang secara tak langsung pulak, bila atuknya batuk.. dia pun ikut sama tapi buat-buatlah.. [kelakar..]
Agaknye selalu sangat kalau nak mengajar dia tidur sendiri, tepuk bantal sambil cakap bumm bummm.. atau tido-tido.. dia pun sama ikut tepuk-tepuk bantal.. maybe tak faham lagi kot suruh landingkan kepala atas bantal.. hihihi.. Favourite Play dengan Alya sebelum tidur: Bantal Sponge Bob.. hihihi sangat fluffy okay..
Rata-rata yang ecah nampak perkembangan Alya pada waktu sekarang ni ialah dia banyak mengajuk apa yang orang di sekelilingnya ajar.. Bila kita ajar sesuatu, dia akan diam dan khusyuk memerhatikan tunjuk ajar kita.. Sampai satu masa, tahu-tahu dia dah pandai buat dah.. hihihi.. Satu pengalaman yang amat bermakna buat first time mommy macam ecah.. really appreciate it..