Tuesday, March 10, 2009

Kerana Gigi..

Assalamualaikum semua,

Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog ecah yang tak seberapa ni. Sekian lama ecah tak update. Minta maaf banyak-banyak sangat kerana tak dapat nak melawat blog kawan-kawan dalam masa terdekat ini. Memang betullah kata-kata mak dan ayah, bukan senang nak jadi usahawan. Perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. Tambah lagi ecah masih bekerja dalam bidang construction. Balik kerja terus ke kebun menguruskan perusahaan. Balik rumah pula perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tambah lagi sudah 3 minggu Alya diserang demam panas dan selesema. Sepanjang-panjang tu, sudah 3 kali ke Klinik Syifa [Tak baik-baik sakitnya malah makin teruk!!] dan akhir sekali ke Klinik Panel kedua - Poliklinik Serendah [Sekali pergi sampailah sekarang baru OK]. Nasib baik ecah mempunyai ibu dan adik-adik yang boleh membantu untuk menjaga Alya dengan penuh kasih sayang. Bukan senang nak jaga bayi yang sedang sakit terutama sekali waktu bagi makan ubat dan waktu makan/menyusu. Sayu betul ecah melihatnya.. Sekarang baru boleh meniup nafas lega bila si kecil dah beransur pulih dan sihat.
Pada malam 21/02/2009
Alya mula menunjukkan tanda-tanda selesema dan demam, malah sangat aktif seperti biasa. Malam tu kami ke Klinik Syifa untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberikan ubat demam, selesema dan antibiotik.
Pada malam 24/02/2009
Demam sudah reda, tetapi selesema belum baik lagi. Ada tanda-tanda dia batuk kahak. Alya sudah tak mahu menyusu, makan & minum. Makanan yang disuap hanya dikulum sampailah dia penat & tertidur.
Pada 25/02/2009
Pergi sekali lagi mendapatkan rawatan ke klinik. Kali ini perlu pam hingus dan sedut kahak-kahak yang ada. Balik tu lepas makan ubat, Alya dah okay sedikit sudah mahu makan. Tetapi keesokannya, dia selesema semula. Macam biasa ubat memang tak pernah miss sampailah hari ketiga, kahak mula ada balik. Tapi ubat yang ada masih lagi tak miss makan.
Pada 01/03/2009
Ubat dah habis. Alya mula demam balik tapi kali ni lebih panas. Pergi semula ke klinik yang sama untuk mendapatkan rawatan. Mungkin kerana orang agak ramai, doktor terlupa untuk memeriksa suhu badan sebelum pam hingus Alya dan terus keluar tunggu ambil ubat. Jadi doktor tak senaraikan sekali ubat demam. Tapi ecah minta juga ubat demam masa nak ambil ubat tu.
Pada 02/03/2009
Petang sebelum balik kerja, adik ecah call suruh ke klinik segera. Seluruh badan dan muka Alya mula naik ruam merah yang agak banyak. Badan dan kepala pun masih panas. Tapi kali ni tukar klinik dan terus mendapatkan rawatan di Poliklinik Serendah. Huhuhu tuhan jelah yang tahu, betapa merahnya muka ni kena marah dan perli dengan doktor tu. Lepas pam hingus dan makan ubat di klinik, Alya terus lemah dan tidur. Ingat lagi kata doktor, "Balik ni jam 3pagi mesti bangun kasi ubat demam, pukul 7pagi baru bagi semua ubat yang diberi ikut timing yang diberi.."
Lepas dua hari, Alya sudah beransur pulih dan sihat.. Alhamdulillah.. lega.. first gigi pun dah boleh nampak hari ni!!!~ hihi gigi bawah.. habis semua benda nak digigitnya.. tajam pula tu!!~

2 comments:

ct_as said...

musim demam skang ni..kami sekeluarga pun demam. Si kecil pun dah ada bunyi kahak dalam tekak. tp nasib baik makannya tetap selera cuma susu botol je x nak.

Aishah Hashim said...

ct_as: hi time kasih masuk blog.. budak-budak kalo sakit sikit-sikit mesti dah kena bawak ke klinik dapatkan rawatan cepat2.. nnti dah melarat susah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin