Credit picture to Lunia..
Baru-baru ni, Ecah ada menghadiri majlis perkahwinan kawan lama Ecah semasa satu fakulti di UTM dulu, Fathiyah yang berlangsung di Dewan Presint 8, Putrajaya. She looks so sweet in rusty pink. Thanks for inviting dear..
[Hehe sempat bergambar sebelum masuk dewan]
Dan sedikit usaha yang sangat murni oleh kedua mempelai..
[Cenderahati yang diselitkan dengan senarai barangan tanda boycott kepada Israel]
Di kesempatan ini, Ecah nak minta maaf sangat-sangat pada kawan ecah, Pa'an yang juga kenduri pada hari yang sama. Alya demam panas pula masa dalam perjalanan tu dan kami terpaksa berkejar dari Putrajaya ke klinik panel. Tak sempat pula nak singgah majlisnya di Selayang, tambahan pula jalan agak sesak nak menghala naik ke MRR2. Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan bahagia semoga berkekalan ke akhir hayat.. amin.
p/s - Naik takut Ecah dibuatnya Alya tiba-tiba demam panas hingga mencecah 38.5°C. Sampai-sampai di klinik, Alya kena cucuk ubat ke dalam punggungnya oleh doktor yang merawatnya. Lega bila demamnya terus turun dan pada mulanya cuak juga sebab tak ada pun tanda-tanda selsema atau batuk, tapi bila sudah balik dan makan ubat barulah nampak sikit-sikit hingus mula keluar. Alhamdulillah.. setakat ini, Alya tiada tanda-tanda demam denggi atau Chikunguya hanya demam biasa.
9 comments:
ha jangan lupa bawak list tu setiap kali ke supermarket
Ad Idzuan : Baikkk Bossss!!!!~
ooo..anak2 umur mcm gitu mmg cepat panas bila demam....masuk je ubat dlm bontot tu...legalah...sbb kalau suruh dia minum byk air bkn nak
alya da okey kan??
adoiii...
budak lasak tu..
c(:
ciannya..harap2 si comel tu dah sihat...
pengantin tu sweet la...:)
btw, akak dah tukar url..dakgilachoc.blogspot.com :)
Kujie : hi kak jie.. memang bagus ubat tu tapikan lepas masukkan ubat cucuk bontot tu, suhu badan turun mendadak. Alya pun agak kurang minum susu dah skarang nih.
Ungu : oho time nih dia da ok daa.. hehehe lasak eh..
dakgilachoc a.k.a nani : Ok kak nanti ecah update link nya okeyh..
pleased tallinn dots canadabrand screw ribeiro average solely unskilled less portals
masimundus semikonecolori
Post a Comment