Sedar tak sedar, Hari Raya Cina sudah pun menjelma.. Just nak share dengan kengkawan semua, ecah ada membuat satu juadah kerepek yang merupakan salah satu hidangan istimewa kaum cina di Malaysia.. Tak banyak pun tapi cukuplah untuk seisi keluarga nak merasa. Ini kira first time tengok dan first time rasa serta first time buat!!! hehehe.. Semuanya bermula dengan teman Cina di office [Miss Lai] yang sudi berkongsi dengan ecah kerepek yang dia buat. Huhuhu sedapnya sampai balik rumah mengidam-idam nak makan. Nak mintak banyak segan plak, so apa lagi!! surfing di internet cari resipi..
Harganya pun tidaklah semahal mana. Walau macam mana pun, berebut-rebut jugalah ecah dengan pembeli-pembeli dari kaum cina. Almaklumlah, buah ini dikatakan hanya dijual setahun sekali sahaja pada perayaan Tahun Baru Cina. [Oppsstt.. tu beli sikit je utk cuba!! Lepas dah cuba beli lagi tapi banyak sikit la.. hehehe..]
Alkisah nak membuatnya amatlah mudah tapi leceh. First, kupas saja macam kupas kentang dan basuh bersih-bersih dengan air. Kemudian, dihiris nipis-nipis. Boleh pakai penghiris atau pisau. Ecah senang pakai pisau je. Ikut sukalah..
[Hehehe.. Sorry la ada tebal ada nipis..]
Tapi seeloknya bak kata dolphing, hiris lebih kurang 0.5mm lagi bagus.. Nasib ada penterjemah bahasa Babelfish, macamlah ecah pro nak baca blog bahasa cina.. kakaka!!~ Ingat lagi pesannya, nak goreng kena pakai api yang agak kecil kalau nak hasil yang sedap serta gorengan yang cantik lagi menyelerakan taklah hitam terhangus!! hehehe..
Dan hasilnya.. tadaaa..
12 comments:
salam kenal.. salam ziarah.. ade mase, ade masa jemput ke rumah pulak yer..
REd ingat dia nyer texture macam sengkuang.
sedap ke?
boleh masak macam mana lagi?
mcm sdp je mknn tu akk...
rasa die mcm kerepek jgk ker....
Ecah, teringat lak, last year member alang tersilap beli bende ni. Dier ingat sengkuang cine, siap bwk kat office nak makan mase lunch...sekali salah lah.
Bile tanye ngan member cine, diaorng suruh goreng gak!!
UnGu VioLeT : insyaAllah ada masa nanti saya jenjalan ke rumah.
redSeptember : ecah xingat la plak tekstur sengkuang macam mana. sedapppp.. huhu ada lagi resipi lain utk dijadikan lauk tapi ecah kurang pasti pula caranya.
lieya shayunk : memang digoreng dan dijadikan keropok pun.. sedappp ngunyah tak ingat dunia.. hehehe..
BigMouth : Kuakuakua.. leh lak ingat sengkuang aduyaiii.. mesti cam pahit2 ala-ala ubi kayu.. ak petuii.. kakaka!!~
eeee....sedapnya....arrowhead tuh buah apo sbnrnya...ada jual lg tak skrg? mcm nak cubala...:p
dakgilachoc a.k.a nani : sedap jugakla.. buat kerepek makan di petang-petang hari.. tapi skarang da tak jual la kak, kalo nak try buat tgu tahun baru cina tahun depan.. uk uk..
Cah, goreng gitu je ke.. goreng campur garam sikit? teringin pulak nak try, tapi raya cina dah lepas.. tskkk.. kompem dah takde jual :(
aD : oloh dah tak jual dah skarang ni.. tunggu tahun depan je la, pasal ecah pun ada jugak pegi cari buah ni lepas raya cina.. memang takde..
Post a Comment