Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan..


Bulan Ramadhan adalah bulan yang berganda. Setiap apa sahaja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 

Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga."


 
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah tidak akan mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. InsyaAllah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. 

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Amin..

p/s - Ecah nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan bloggerz dan internet. Ecah minta maaf banyak-banyak sekiranya ada tersilap bahasa dan tersalah kata. Dah baca niat puasa belom? Kalau belum, mungkin niat di bawah ni dapat membantu..


Niat Puasa..
"Nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"


Niat Berbuka Puasa..
"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

6 comments:

Adry said...

Salam Ramadan...

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Anonymous said...

hi along..
buka puase mkn banyak2..
sahur nanti ngantuk..tak slere sgt..hahah..
Along yg gemok... :P

nieja said...

bile mau blanje nieja bukak pose ni
ahaha

Jie said...

Selamat berpuasa ecah...

cemut said...

selamat berpuasa ecah.susah x bpuasa ngan anak kecik...cemut tgk my sis cian gak.time bebuka tu la anak kecik die merengek ... time tu kena la mkn bgilir ngan husban die ahak

Aishah Hashim said...

to adry

salam ramadhan dan selamat berpuasa juga..

to ayie

itu nak cakap along ke ayie?? huahuahua.. along gemuk tandanya gembira.. huahuahua!!~

to nieja

hohoho tanye ecah plak iyee??
nieja kan pandai wat chicken blackpepper? bile nieja nak kasi ecah rase??? ngee..

to jie

hi kak jie.. selamat berpuasa..
raya tak nak jemput ke? hehehe..

to cemut

selamat berpuase juga cemut.taklah susah sangat janji dia sentiasa kenyang..lgpun ecah ade ramai adik-adik yang bleh tolong.. huahuahua!!~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin