Friday, September 19, 2008

Biskut Semperit Ecah..

Yeehaaa!!~ Inilah laporan proses membuat kuih semperit kegemaran ecah sekeluarga.. Dalam banyak-banyak kuih, ecah paling minat kuih ni sebab senang nak buat.. huahuahua~

Pertama sekali, kenalah beli barang kan?!!~ bahan-bahannya pula ialah:
1. Planta
2. Gula Icing
3. Tepung Kastard
4. Tepung Gandum
5. Kuning Telur
6. Esen Rose/Vanilla (ecah prefer rose)
7. Ceri hiasan

Soryle ecah tak pandai la pulak nak bagi sukatan sebenar bahan-bahan yang ecah gunakan sebab ecah style main masukkan je sesedap rasa.. janji sebelum nak disemperitkan tu rasenye sedap.. huahuahua~

Mula-mula sekali, masukkan lebih kurang 2 senduk planta, satu senduk tepung kastard, 2-3 senduk gula icing (ikut kesedapan citarasa masing-masing) dan 1 sudu kecil esen rose/vanilla. Kemudian, gaul-gaulkan supaya nanti nak dipukul taklah terbang-terbang tepungnya.

Putar sampai kembang. Setelah kembang, masukkan kuning telur dan sedikit tepung gandum. Putar lagi dan putar lagi sampai sebati. Sambil tu, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sampai bahan-bahan tadi menjadi doh yang tak lembik tapi tak keras dan paling penting tak melekat-lekat.

Bila dah uli, apa lagi..? siapla untuk disemperitkan.. Ecah memang sayang kat acuan yang ecah ada ni. Sebab acuan kuih semperit ni yang paling cantik sekali ecah ada.

Masa nak proses menyemperit ni la yang paling best kot? Sapu dulu permukaan dulangnya dengan lapisan nipis planta. Kemudian, semperitkan kuih di atasnya. Tapi tula adik-adik ecah semua berebut nak buat. Kalau semua nak try buat, bila nak siapnya.. adewhh~ fenin-fenin..
 
Jangan lupa untuk bubuh ceri yang dipotong comel-comel tu..

Beginilah keadaan adik-beradik ecah yang masing-masing nak tunjuk terer.


Kemudian sekali, bakar dengan kepanasan 200°C selama 15 minit.
Tadaaaa!!!!!!~
Dah masak pun!!~


Dah bakar tu, keluarkan cepat-cepat dan jangan lupa pulak kipas-kipaskan wapnya supaya tahan sampai Raya nanti. Ada orang malas nak buat, alamatnya kuih akan cepat berkulat tak tahan lama.

Huhu~ baik ecah sorok dulu sebelum yang lain nampak..

Almaklum la kuih sedap takut tak sempat raya dah kena kebas!!~ huahuahua!!~

Sekian, terima kasih daun keladi!!~ hihihi..

6 comments:

cemut said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mmg nampak bes biskut tu ecah...manade hangit..comei je cemut tgk..mesti rase pun bes ni.

meriah tol umah ecah..ramai tol yg menolong + menyibok kan.hihi kat umah cemut tu..cemut ngan adik je yg buatkn.

nieja said...

wah..
cam best je sis..
simpan la utk nieja eh..
nant lpas raya soh asma bwakan
akekekke..

Ecah said...

to cemut
nak tunjuk mane leh tunjuk yg hangit.. ni kes tertiton mase menunggu le ni.. huahuahua!!~

Ecah said...

to nieja
hehehe.. lepas raye??
awat tak mase bulan raye je??
kalo kuihnya tak habis la kan..
huahuahua!!~

Adry said...

semprit jangan tak semprit.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

Ecah said...

to adry
hehehe.. jangan mare..
ecah mmg suke semperit menyemperit nih..
hahaha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin