Saturday, September 27, 2008

Biskut Coklat Cornflakes..

Huhu~ lama tak update.. Oklah dari kelmarin punya cerita, ecah buat biskut lain pulak.. tapi sebenarnya segan nak posting.. sebab sangat tak hensem.. mane taknya, balik dari kerja suami ecah tetiba ajak pergi dengar Forum anjuran tempat kerjanya di Perodua.. kira best jugakla forum tu (Tajuk: Tersungkur Di Pintu Aidilfitri) dan sempat berbuka puasa di sana makan nasi minyak rendang kambing.. huahuahua!!~ 

Habis forum balik sempat singgah rumah mak mertua solat maghrib dan hantar baju yang nak dialter.. sampai rumah tengok Kekasihku Seru lagi.. hahaha.. start buat pun dah lebih kurang 10:30malam.. alamatnya dengan mata kuyu pun layan buat kuih sampai 3pg!!~ huahuahua!!~ belasah je resipinya buat sendiri.. tp jadi jugak.. best best..

So, nilah kuih yang ecah katakan.. biskut reka sendiri tapi sedap juga rasanya.. masa buat nih, anak ecah tak ada kat rumah telah dilarikan ikut neneknya pergi shopping kat KL sejak petangnya.. fuhhh!!~ dekat 3:30pagi baru balik!!~ shopping sakan!!~ mane taknya dia saja sampai 3 helai baju kurung!! kalah emaknya!! huahuahua.. sempat try lagi tu.. jam pun dah dekat 4pg.. alang-alang sahur terus je.. hihihi..

Tuesday, September 23, 2008

Biskut Sarang Semut Ecah..

Sekembalinya dari projek membuat kuih semperit selama 2 hari.. Ecah telah pun memulakan projek ecah yang kedua iaitu Biskut Sarang Semut Ecah..  Ecah dapat idea nak buat kuih ni pun semasa buat kuih semperit sebab acuannya senang nak buat (lebih kurang sama je). Tapi acuan ni ecah ubah sikit dengan menggantikan esen vanilla dengan esen bunga ros serta melebihkan tepung kastard dan menambah tepung jagung supaya bila makan nanti rasanya lebih lemak.. sekali ngap pergghhhh nak lagi.. huahuahua!!~

Pertama sekali macam buat kuih semperit, putar mentega dengan gula icing sampai kembang. Bila dah kembang, masukkan esen bunga ros dan telur kuning dan putar lagi. Kemudian, tambah tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sesedap rasa.. Lebihkan tepung kastard ikut suka tapi jangan lebih sangat nanti doh lembek plak. Lepas tu, uli hingga menjadi doh. Kalau melekat-lekat, taburkan tepung gandum dan uli lagi.

Beginilah rupa sebenar nak memarut doh kuih sarang semut yang nampak senang, tapi lambat, leceh dan melenguhkan!!~ huahuahua!!~ Beli acuan nih dah le mahel RM4.50 last-last letak tepi je.. huahuahua!!~

Setelah setengah jam memarut sampai nak terjelir lidah dibuatnya, tetiba dapat idea pulak guna penapis teh ni..  cepat dan berkesan!!~ huahuahua!!~ memanglah parutan guna penapis teh ni agak halus berbanding pemarut asalnya.. tapi kalau guna pemarut asal dekat setengah jam baru boleh siap 5-6 biji kuih je.. bila nak tidur ni besok pagi nak kerja??!!~ adewwhh.. fenin.. fenin..


Hehe.. sambil seorang sedang memarut, yang lelainnya bolehlah tolong sudukan parutan kuih tadi ke dalam cup dan disusun ke dalam dulang pembakar. Yang seorang lagi tu pulak tolong taburkan manik urai yang berwarna-warni.
p/s- Time nih memang bersilang-silang tangan nak membuatnya pasal tukang parutnya dah boleh parut cepat sikit. Jadi production pun berkali ganda lebih laju.. hehe..
Dah siap tu, bolehlah bakar dalam oven dengan suhu 180°C selama 15 minit..

Tadadadaaa!!!~ Alhamdulillah.. Akhirnya ecah berjaya juga siapkan projek kuih raya yang kedua tahun ni.. biarpun kurang hensem.. hehe.. (baru dua acuan besok sambung lagi).. Harap kawan ecah especially cemut enjoy dengan sarang-sarangnya yang comel nih.. nak meh lew!!~

..

..

..

..

..

..

..

Hehe.. saje nak interprem yang ari tu punya..
Model Terbaru Biskut Semperit Ecah..

Salam terima kasih untuk kali ini.. chow chin choww!!

Friday, September 19, 2008

Biskut Semperit Ecah..

Yeehaaa!!~ Inilah laporan proses membuat kuih semperit kegemaran ecah sekeluarga.. Dalam banyak-banyak kuih, ecah paling minat kuih ni sebab senang nak buat.. huahuahua~

Pertama sekali, kenalah beli barang kan?!!~ bahan-bahannya pula ialah:
1. Planta
2. Gula Icing
3. Tepung Kastard
4. Tepung Gandum
5. Kuning Telur
6. Esen Rose/Vanilla (ecah prefer rose)
7. Ceri hiasan

Soryle ecah tak pandai la pulak nak bagi sukatan sebenar bahan-bahan yang ecah gunakan sebab ecah style main masukkan je sesedap rasa.. janji sebelum nak disemperitkan tu rasenye sedap.. huahuahua~

Mula-mula sekali, masukkan lebih kurang 2 senduk planta, satu senduk tepung kastard, 2-3 senduk gula icing (ikut kesedapan citarasa masing-masing) dan 1 sudu kecil esen rose/vanilla. Kemudian, gaul-gaulkan supaya nanti nak dipukul taklah terbang-terbang tepungnya.

Putar sampai kembang. Setelah kembang, masukkan kuning telur dan sedikit tepung gandum. Putar lagi dan putar lagi sampai sebati. Sambil tu, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sampai bahan-bahan tadi menjadi doh yang tak lembik tapi tak keras dan paling penting tak melekat-lekat.

Bila dah uli, apa lagi..? siapla untuk disemperitkan.. Ecah memang sayang kat acuan yang ecah ada ni. Sebab acuan kuih semperit ni yang paling cantik sekali ecah ada.

Masa nak proses menyemperit ni la yang paling best kot? Sapu dulu permukaan dulangnya dengan lapisan nipis planta. Kemudian, semperitkan kuih di atasnya. Tapi tula adik-adik ecah semua berebut nak buat. Kalau semua nak try buat, bila nak siapnya.. adewhh~ fenin-fenin..
 
Jangan lupa untuk bubuh ceri yang dipotong comel-comel tu..

Beginilah keadaan adik-beradik ecah yang masing-masing nak tunjuk terer.


Kemudian sekali, bakar dengan kepanasan 200°C selama 15 minit.
Tadaaaa!!!!!!~
Dah masak pun!!~


Dah bakar tu, keluarkan cepat-cepat dan jangan lupa pulak kipas-kipaskan wapnya supaya tahan sampai Raya nanti. Ada orang malas nak buat, alamatnya kuih akan cepat berkulat tak tahan lama.

Huhu~ baik ecah sorok dulu sebelum yang lain nampak..

Almaklum la kuih sedap takut tak sempat raya dah kena kebas!!~ huahuahua!!~

Sekian, terima kasih daun keladi!!~ hihihi..

Thursday, September 18, 2008

Kad Raya Ecah..


Assalamualaikum semua..

Sempena Hari Raya yang tak lama lagi akan menjelang, ecah nak kasi kad raya kepada semua kengkawan yang sudi melawat ke blog picisan-ecah ni.. Sebagai tanda terima kasih biarpun ecah masih baru dalam dunia blog nih.. Apa-apa pun ecah tetap nak ucapkan kepada kengkawan semua..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir & Batin..

So, kepada kengkawan yang teringinkan kad raya yang dipos, cepat-cepatlah hantarkan alamat ke email ecah di aisyaheen@gmail.com sementara stok masih ada @ tuliskan alamat di ruangan komen pun boleh.. InsyaAllah, kad raya ecah akan sampai ke rumah kengkawan semua..

Kepada kengkawan yang juga nak send kad raye pada ecah (ecah pakse). Kat bawah ni alamat ecah ok.. Ingat tau, ecah tak paksa.. dengan harapan berilah dengan ikhlas..

D/A AISHAH HASHIM
LOT 90 KG TOK PINANG
48200 SERENDAH SELANGOR

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran..

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Bila & Bagaimana Al-Quran Diturunkan:

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. 

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. 

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. 

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. 

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah. 

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. 

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. 

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Fungsi Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah: 

Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw. 

Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya. 

Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372): 
Cabaran peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88) 

Cabaran kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (TTQ 11 : 13-14) 

Cabaran ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (TTQ 2 : 23 )

Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup. 

Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan kecemerlangannya.

Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab, kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok dan partinya sahaja. 

Bangsa-bangsa non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi negeri tersebut.

KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN

Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah)

Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu: 

1. Merupakan cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya), 

2. Peraturan masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan 

3. Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).

Secara keseluruhannya, Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.

Al Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah

Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah: 

  • Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.

  • Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)

  • Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

  • Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah (25) Al Furqaan ayat (32) iaitu: "……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: "….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

  • Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus.
  • NAMA-NAMA AL-QURAN

    Allah memberi nama kitab-Nya iaitu Al Quran yang bererti "bacaan".

    Erti ini dapat kita lihat dalam surah (75) Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18.

    Nama ini dikuatkan oleh ayat - ayat yang terdapat dalam surah (17) Al -Israa' ayat (88), surah (2) Al-Baqarah ayat (85), surah (15) Al-Hijr ayat (87), surah (20) Thaaha ayat (2), surah (27) An Naml ayat (6), surah (46) Ahqaaf ayat (29), surah (56) Al-Waaqi'ah ayat (77), surah (59) Al-Hasyr ayat (21) dan surah (76) Addahr ayat (23).

    Menurut pengertian ayat-ayat di atas, Al-Quran itu dipakai sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Selain Al Quran, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya, seperti:

    1. Al Kitaab atau Kitaabullah merupakan sinonim dari perkataan Al Quran, sebagaimana tersebut dalam surah (2) Al Baqarah ayat (2) yang ertinya berbunyi: "Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya….". Lihat pula surah (6)Al An'aam ayat (114).
    2. Al Furqaan ertinya "Pembeza" iaitu yang membezakan di antara yang benar dengan yang batil, sebagaimana terdapat dalam surah (25) Al Furqaan ayat (1) yang ertinya: "Maha Agung (Allah) yang telah menurunkan Al Furqaan kepada hamba-Nya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam".
    3. Adz-Dzikir ertinya "Peringatan", sebagaimana yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat (9) yang ertinya "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan"Adz-Dzikir" dan sesungguhnya Kamilah penjaganya". Lihat pula surah (16) An Nahl ayat (44).
    4. Selain dari nama - nama di atas, terdapat beberapa lagi nama bagi Al Quran. Imam As Suyuthy dalam kitabnya Al Itqan menyebutkan nama - nama Al Quran, di antaranya adalah Al Mubin, Al Kariim, Al Kalam dan An Nuur.
    sumber dipetik dari al-azim.com

    Handphone Baru..

    Hohoho.. ecah beli handphone baru..
    Sony Ericsson k810i diberi nama..
    Cybershot™ siap dengan xenon..
    Bolehla kite tangkap gambar same-same..



    Dari semalam cari-cari offer..
    Akhirnya beli online kat Lowyat.net..
    Boleh dapat harga murah punya..
    Straigth dari supplier..



    Beli handphone AP aje..
    Tapi baik punya AP..
    AP Telstra mari..
    Dapatle 2 tahun warranty..



    Ada macam-macam kaler..
    Lain kaler lain harga..
    Mula-mula nak ambil biru..
    Tapi merah juga yang kena..

     Datang ofis kemain lah suka..
    Ambil gambar di sini sana..
    Tapi lupe nak bawak charger..
    Jadi hiasan aje la jawabnya..

    p/s - tulaa.. amik gambar banyak-banyak sampai lupa nak charge!!

    lalalala~ handphone ku tak bercharge!!!!
    huwaaa!!!! nak balik amik charger!!!

    Monday, September 15, 2008

    Gratitude Challenge..


    Ecah rase ni first time ecah kena tag kot?
    Err tak berape nak fahamlah adry..
    Tapi pe yg ecah tahu la..
    Dapat meningkatkan blog traffic..

    Anyway, utk sahut cabaran Gratitude Challenge ni, ecah akan cuba..
    So, sape yang da kena tag tu..
    Hopefully dapat sambungkan tag yg ecah dah kasi..
    Tapi ecah xpaksa k..

    Dear God..

    There were so many things that I am so grateful everyday in my life..
    No words can describe how I am so thankful to You..
    To have this such a great life..

    First thing..
    I am most grateful to have all the people in my life that love and care for me..
    Mom.. you are the sweetest.. Don't think I could have this much strength to live without you..
    Dad.. you are the strongest.. always keep me safe and healthy..
    Husband.. All I want is to be always in love til my last breath..
    My princess.. Having you is my biggest thing in the world..
    Siblings.. I can't think of better people then you guys..
    Friends.. who really care to share tears and laughter with me..
    I just want all of you to know that I am so blessed to have all of you in my life..

    Secondly..
    I am also thankful to be given as what I am now..
    I am what I am..
    Love my life..
    Every moment..
    From the day I opened my eyes..
    Amin..


    *START COPY*


    In order to be able to achieve and maintain happiness we need to, actively, be able to do two things:

    1. Complain and then let go (Dump the baggage, the roadblocks to happiness.)

    2. Openly Express Gratitude (The open expression of gratitude promotes happiness.)


    After all, everyone has something to be grateful for and/or something to complain about. If you would like to accept the challenge, please follow the appropriate link and do so: “Are You Grateful?“, “Complain Complain Complain.”


    Contributors to Are You Grateful?” & “Complain Complain Complain are: 1-Attitude, the Ultimate Power 2-Max 3-DianaCA’s Metamorphoses 4-Mental Poo 5-My Thoughts 6-Baba Doodlius 7-Wake Up America 8-Life is a Roller Coaster 9-Life and Me 10-pinay mommy’s love blog 11-My Happiness Haven 12-And Life Goes On for a Filipino Mom 13-Blessed Sanctuary 14-Expressions And Thoughts 15-Memories by Jenn 16-Reminiscence of My Adventures 17-In the Life of Mne 18-Juliana’s Lair 19-Pinay Wahm 20-Lucid Creativity 21-Winged Words 22-Irresistible Fascinations 23-A Little Time 24-See Me For What You Will 25-Greatest Reviews 26-ETC ATBP 27-Gandacious 28-We Are Family 29-Journey to this thing called LIFE 30-www.rajeshrana.net 31-www.rajeshrana.com 32-BaReFooTeD Me 33-Uncomplicated 34-Points of View 35-Pride & Prejudice 36-Colorful World 37-Nora’s Notes 38-A Daily Walk With Bill & Gina 39-Strange but True 40-Everything Under The Sun ( Beth Rebokon ) 41-Kaleidoscope 42-Fil-Oz Blog 43-By Osc@r Luiz 44-Comedy Plus 45-Blogging by Sandee 46-Soul Meets World 47-Mae’s Memoirs 48-Beyond the Rave Reality 49-Amori, poesie, arte, chat by Hanna 50-Attached at the Hip 51-Carver’s Sight or is that Site? 52-Empress Reviews 53-Simple Pleasures In My Heart 54-Lourdes’ mia 55-A Grateful Heart 56-Majorsleepyhead 57-Scrappy n Happy in Ohio 58-CHOC MINT GIRL 59-Extraordinary Things 60-ZOOROPAZOO 61-BeNolSatuEm 62-As The World Turns 63-Your Caring Angels 64-Life Is Wonderful To Know Everyday 65-Sugar Magnolias 66-Little Peanut 67-Creative In Me 68-Me and Mine 69-Pea in a Pod 70-the diary of the Pink & Brown Wedding 71-good thoughts, good trades, good life 72-My Blog - all things me 73-Rainbows 74-Little Corner of Mine 75-Me, Myself and I 76-My Planet Purple 77-Amel’s Realm 78-A Handful of Surprises 79-A Detour 80-Something Purple 81-Vanity Kit 82-Are You Grateful? 83-A Simple Life 84-BlogTips.Com 85-Balitang Kalye 86-Mariuca 87- Emila Yusof 88-A Total Blog 89-My Life in this Wonderful World 90-MommyAllehs 91-Things That Suck 92-A Mother’s Stuff 93-Princess Vien 94-My Inner Thoughts Revealed 95-Roxiticus Desperate Housewives 96-Apples Of The Eyes 97-Nita’s Random Thoughts 98-Nita’s Corner 99-Thomas Digital Services 100-A Mother’s Thoughts101-Meltwater. Torrents. Meanderings. Delta 102-My Perfect Escape 103-Vanidosa. Marie 104-Confessions of a Supermodel Wannabe 105-Lynda’s Loft 106-Listening..Learning..Living 107-LadyJava’s Lounge 108-The Painted Veil 109-Poeartica 110-Maryannaville 111-the life of a psychotic weirdo 112-CARPE DIEM 113-Turn-u-Off 114-asian mutt international 115-Petty Ramblings of a Petty Queen 116-LIFE IS A ROLLER COASTER 117-AZZY’S BLOG-A-ROONIE! 118-glad to be here 119-WilStop 120-Dare to Blog 121-WebGeek Journal 122-Foster Me Up 123-This is My Life 124-DaveylynneDR 125-Life Realities 126-aNgRiAniWorld Dot Com 127-All That Matters 128-My Inspiration Sharing Land 129-Hidup Biar Sedap 130-Mutiara Hati 131-EM Muhammad 132-I Digress 133-Mapped Memories 134-Working It 135-Startin’ A New Life too, 136-Little Secret 137-FEEL FREE to Express Yourself 138-iAM-Mai 139-SOLOFLIGHT 140-BLACKNICKEL 141-NEUROPATCH 142-EMJEI SAYS 143-Big Money List 144-daily information 145-TRCoach 146-LOVE YOUR LIFE! 147- INSTANT MESSAGES 148-MEME ME 149-mEldita’s untamed world 150-mEldita’s uncensored life 151-i.MEL.dific 152-SNAPSHOT 153-DAILY STOCK PICKS 154-The Pet Haven 155-Pet’s Garden Blog 156-Ketuk_angel Weblog 157-Laketrees 158-WannaSmile 159-ENROUTE 365 160-Life Is Like That 161-Adry Sabry 162-Picisan Ecah..




    *END COPY*



    I’m passing this tag to :
    1. Mizzasma
    2. Ayie
    3. Fara
    4. Kai
    5. Nieja
    6. Shayz
    7. Cemut
    8. Fadzlikhan
    9. Nesloais
    10. Chime
    11. Cikgu Wiween
    12. Skru Pu3
    13. Neeziee
    14. 13may
    15. Putri Ilya
    16. Nashrex
    17. Totinx

    Thanks to Adry Sabry kerana beri peluang untuk ecah mengucapkan kesyukuran kepada tuhan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan nih.. Bagi ecah, ini adalah satu aktiviti yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di samping kita dapat meningkatkan lagi jalinan ukhuwah sesama kita..

    Cara nak buat Tag ni… Buat satu ucapan syukur anda dan copy box di atas ni yang ada tulis “Start Copy” sampai “End Copy” di bawah ucapan anda dalam satu entry baru… pastu tulis nama anda berserta link di nombor kosong yang tersedia.. Kalau boleh copy dari source untuk paparan box yang sama atau terpulang kalau nak ubah..

    Last sekali , Tinggalkan komen di sini dan anda bolehla tag orang lain pulak..

    Saturday, September 13, 2008

    Nonomino Sudoku..


    Selalunya, kalau pergi kerja sama-sama dengan suami mesti pergi awal. Ecah dan suami sama-sama masuk kerja pukul 8:00 pagi tapi 6:30 pagi dah bertolak dari rumah.. Bukan jauh pun tempat kerja dengan rumah, 10 minit dah sampai.

    Bukan apa, suami ecah memang tak suka datang kerja lambat.. Sempat tidur kat ofis katanya.. Jadi ecah pun akan sampai ofis awal tersangat-sangat dalam pukul 7:00 pagi. Nak kata banyak kerja tak adalah sangat. Itulah yang pening ecah tak tahu nak buat apa kat ofis pagi-pagi buta. Takkan nak gi tengok bangla-bangla buat kerja kat kilang kot? Diorang pun baru bangun tido.

    So, jeng je jeng!!! Ecah ada hobi baru sebelum masuk kerja.. MAIN SUDOKU!! Sanggup gi cari kat internet dan print. Bukan sudoku biasa tau!! NONOMINO SUDOKU namanya.. Haa sape-sape yang hantu sudoku boleh la cuba kat laman web ni. best woo!!

    Nombor Toto..

    Leka betul main nonomino sudoku tak perasan plak ade ah cai ni dok tengok. Siap mintak nombor ong lagi. Ade ke patut?

    Ah Cai : Ari-ari lu kira manyak nombor ada ong ka? Kasila saya pun mau main juga ma..
    Ecah : Ala ah cai saya bukan kira pun.. suka-suka susun saje..
    Ah Cai : Aiya kasi la amoi.. mana tau ada ong bleh kasi u blanja kfc..

    Hahaha!! Ecah wat donno je kat ah cai tu. Kite kan orang islam.. eeiiiii HARAM!! teringat ari tu ada brother anei drebar lori ni menang toto kasi belanja semua orang RM10. Ecah pun tak ketinggalan dibaginya. Alhamdulillah, duit tu dah pun ecah sedekahkan kat tangki minyak kereta amoi yang passkan duit tu pada ecah!! huahuahua!! Sebelum tu anei tu dok cerita bini dia hilang banyak tiket toto bernilai RM30k.. tercicir kat mane entah.. Hee.. mintak-mintaklah dijauhkan amalan main nombor nih!! Bukan apa, ketagih!!

    Tuesday, September 9, 2008

    Bubur Lambuk Desa Anggerik..

    gambar semangkuk bubur lambuk

    Setiap hari minggu dalam bulan Ramadhan ni, kat kampung ecah ada buat bubur lambuk percuma. Ala betul-betul kat kedai belakang rumah ecah. Sumbangan dari ahli JKKP Desa Anggerik. Tapi khas untuk orang Desa Anggerik jelah.

    Masa ecah singgah tu.. adalah abang ni datang dari arah Desa Melor ingat nak singgahlah ambil bubur. Jadi dengan topi keledarnya datangla mendekati kelompok orang yang tengah mengedarkan bubur. Huhuhu~ bubur ni untuk orang Desa Anggerik je dik, kata pakcik kat situ. Eh la ye ke? takpelah terus pusing balik. Agaknya kesian abang tu dah turun motor nak ambil. Pakcik pun panggil balik.. eh eh eh dek, nah nah ambil satu.. huahuahua.. ade ke patut? Moral of the story, bubur lambuk ni khas untuk orang yang tinggal kat Desa Anggerik je ye.. Orang kampung lain tak boleh..

    Jadi, tiap kali diorang masak, keluarga ecah memang tak ketinggalan untuk ambil bubur free. Kira puasa tahun ni dah kali kedua ambil la.. Ecah pun pelik jugak masa datang dengan suami dan anak, kenapala pakcik yang nampak kitorang tu bagi bubur dalam plastik kecil je.. Orang lain siap bagi dalam tupperware (nampak banyaklah sikit kot?). Rupa-rupanyaaaaaa.. sebelum tu ayah ecah dah ambil siap bawak MANGKUK BESAR CEDOK SENDIRI!! huahuahua!!!!

    Yang kelakar tu tak pasal-pasal adik ecah kena halau balik!!

    Pakcik : Eh engkau ni anak Hashim ye? 
    Adli : Ha'ah.. nak ambil bubur?
    Pakcik : Tadi Bapak kau dah ambik.. Dah, pergi balik!!


    kikikikikih.. dengan muka selenge nye adik ecah pun balik.. ade awek tengok plak tu!! wat malu ngan orang kampung je..

    p/s - ecah sebelum ni tak suka bubur lambuk pun.. semenjak terkena penangan bubur lambuk Desa Anggerik, ecah jadi suka!!!

    Monday, September 8, 2008

    Projek Lintah..

    Gambar Belut.. heeeee..

    Hari minggu ni ecah tak pergi jalan mana-mana pun. Balik-balik rumah mak mentua dengan rumah mak je. Sebelum pergi pasar ramadhan kat Taman Cempaka, ecah sempat menjenguk projek lintah kakak ipar di Desa Melur. Heee.. tengok lintah makan ikan belut!! Geli ada. Kesian ada. Seronok pun ada.. hahaha.. Ingatkan besar sangatlah lintah rupanya tidaklah sebesar mana. Bila melekat kat tahi lembu atau permukaan pasu, badan jadi gemuk. Tapi bila berenang, badannya jadi panjang dan nipis menggeliut. Ecah siap bawak alya lagi tengok lintah. Hehe.. baby mane tahu tengok lintah ke apa..

    gambar : Lintah sedang menjamah belut!!

    Ecah ada juga bercadang nak start projek ni sebab peluang pun dah ada depan mata. Nampaknya nak bela lintah taklah cerewet mana macam cacing. Cacing nak kena ada atap sebab mediumnya tak boleh basah. Tapi lintah memang tinggal dalam tangki air dan tak perlu risau pasal hujan & panas. Cuma perlukan kawasan yang agak luaslah lebih-lebih lagi kawasan halaman rumah kalau nak muatkan tangki yang banyak. Atap pun cincai je, kanvas pun boleh. Bagi makan pun tak sampai 10 minit seminggu sekali..

    Banyak juga modal nak buat ternakan lintah ni. Hampir RM10000 beli lintah induk, makanannya (belut), tangki air dan perkakas-perkakas lain. Tentang pasaran pun tak perlu risau sangat sebab permintaan pun tinggi. Dengar-dengar cerita, seekor anak lintah pun dah RM1 dan induknya RM3 seekor. Tak tahulah kalau harga pasaran sebenarnya berapa. Satu tangki boleh muat dalam 4000 ekor.

    Hwaaahhh satu tangki penuh induk pun dah bernilai RM12000. Jual 2 tangki pun dah boleh beli kereta.. CASH!! Haha makcik kayooo!!

    P/s - ecah dah mula berangan le tu!!



    Friday, September 5, 2008

    Aksi Remaja Nak PMR..

    tarzan dari ceruk mane plak nih!!

    Hah!! posting kali ni ecah saje nak tunjuk satu benda yang mungkin budak-budak remaja yang nak PMR tak terfikir nak buat. Tapi, budak ni dah pun buat. Adeh~ terbahak-bahak ecah menangkap gambar aksi adik ecah ni depan rumah. Orang lain pun nak ambik PMR jugak dek oiii~ Dah le bulan puasa..

    Tuesday, September 2, 2008

    Ramadhan..


    Bulan Ramadhan adalah bulan yang berganda. Setiap apa sahaja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
    Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 

    Sabda Rasulullah saw:
    "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


    Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 

    Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
    "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga."


     
    Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah tidak akan mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. InsyaAllah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. 

    Sabda Rasulullah saw:
    "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

    Amin..

    p/s - Ecah nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan bloggerz dan internet. Ecah minta maaf banyak-banyak sekiranya ada tersilap bahasa dan tersalah kata. Dah baca niat puasa belom? Kalau belum, mungkin niat di bawah ni dapat membantu..


    Niat Puasa..
    "Nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"


    Niat Berbuka Puasa..
    "Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin