Wednesday, November 26, 2008

Falsafah Kerja..

Huh terbaca falsafah best ni kat blog member ecah kat friendster, efmumsgirl. Saja nak tepekkan kat sini untuk renungan bersama. Time dah mula malas tu, elok gak baca ni untuk naikkan semangat buat kerja balik.. hahahaha.. ecah banyak kerja banyak kerja banyak kerja lalalala!!~ hwaaaaa banyaknyer kerja ecah nihhh bertimbun-timbun!!!! da xbley update sangat!!!!~ rase cam nak cuti jer habis siap nih!!!~ huhuhu!!~

Rajin bekerja, rajin bercakap - Bagus

Rajin bekerja, malas bercakap - Kena buli

Malas bekerja, malas bercakap - Lagi tak guna

Malas bekerja, suka mengadu - Nyanyuk

Malas bekerja, selalu ponteng - Baik berhenti

Malas bekerja, suka menyibuk - Baik mati

Drp : Prof. Ungku Aziz

Agak-agaknyer ecah ni terdiri dari kategori yang mane la ek? Peduli apa dengan orang lain.. dulu masa mula-mula kerja mungkin yang nombor 2 tu. Tapi skarang dah garang sket.. beranila kacau!!! siap ko.. hahahahah!!~ ecah rajin-rajin kerja.. lalalala!!~ actually da tibe time bengong banyak sangat kerja camnila ecah..

Dapat makan pizza nih kan best!!!~
Dapat makan pizza nih kan best!!!~

Domino Pizza Nyum Nyum!!!~
Domino Pizza Nyum Nyum!!!~ xde kaitan okeh.. hahaha!!~

Monday, November 24, 2008

Banjir Pagi Ini Naik Lori..

Ecah dah agak pagi ini mesti jalan nak masuk ke tempat kerja ecah banjir disebabkan hujan yang agak lebat dan tak henti-henti sejak semalamnya. Suami ecah pagi-pagi pukul 5 lagi sudah kejutkan ecah suruh bangun mandi!! Hadoi longlainya nak bangun.. Disebabkan mak nak pinjam kereta, terpaksalah dia hantar ecah dan suami pergi kerja. Siap bawak alya lagi sebab dia dah jaga, yang lain semua masih tidur.. almaklumlah 6:30 pagi dah jalan..

Ecah naik lori redah banjir..
Ecah naik lori??!!~

Masa ecah sampai kat jalan nak masuk ke tempat kerja, dah ramai orang parking kat luar tunggu lori yang nak lalu jalan tu. Kali ni makin dalam banjirnya kereta ecah memang tak boleh lalu. Mau mati enjin wooo!!!~ Bilalah jalan ni nak ok.. minta tolong sangat kepada ADUN yang berkenaan untuk ambil perhatian masalah kawasan yang selalu banjir ni. Bukan sekali dua baru terjadi, tapi dah bertahun-tahun dan banyak kali terjadi. Sudah berapa kali buat aduan tapi masih macam ni juga. So, apa lagi.. pagi ni naik lori redah banjir la ecah.. hahaha!!~


Huhu!!~ Sempat ecah rakam video masa naik lori nih.. layankan ajer..

Kebetulan pada pagi ni, Miss Lai rakan sepejabat ecah pun masuk kerja setelah menghabiskan cuti bersalinnya. Sempat dia forwardkan gambar-gambar baby boy dia yang.. alahai.. cuteeenyerr.. Nama baby? ermm.. boleh panggil JACK!!~

Miss Lai's Baby - Jack!!

Sunday, November 23, 2008

Hari Ini Saya Berkebun..

pokok buah kelapa..
Hari ni pagi-pagi lagi ecah dah bangun bersiap nak ke kebun. Huhu semua pasal dengar cerita semalam ada orang panjat pagar kebun curi buah kelapa. Hai punya banyak tanah tak berpagar yang ada pokok kelapa berbuah tak pulak nak dicurinya. Langsung ecah pun naik mengidam nak minum buah kelapa? huahuahua!!~ Boleh tahan jugak ecah panjat pokok kelapa nih.. sebenarnya buahnya dah berkurang adalah dekat 10 biji ecah panjat dan petik.. tapi bukan panjat macam monyet!! guna tangga okeh.. pokok ni bukanlah tinggi sangat pun.. ayah ecah jaga kat bawah.. hahaha!!~

Potong rumput..
Suami ecah pulak steady jerr kerjanya mesin rumput.. sambil-sambil tu kitorang berdua menolong mak dan ayah ecah menanam pokok naga. Itu pun nak tambah pokok yang ditanam hari tu sampai cukup 20 tiang..

Kebun Ecah..
Hari yang baik kusangka cerah, tapi hujan juga akhirnya.. petang tu hujan lebat sampai ke malam, tak dapek la den nak ko kobon. Hrrmm.. hujan-hujan tengok tv & layan anak ecah yang dah pandai berguling-guling ni sambil hirup air kelapa pun sedap juga.. hihihi!!~

Alya yang dah pandai guling-guling..

Thursday, November 20, 2008

Three Things Tag..


Mulanya ingatkan kad yang kak azie nak kasi adalah tag yang ecah nak jawab nih.. rupanya memang ada kad pada posting entry yang sebelumnya. So, just nak paste kat sini & thank you ecah ucapkan.. Ada juga kawan-kawan yang rindukan ecah yerrr.. hihihi..

Three Things That Scare Me:
1. ALLAH
2. Accident
3. Kehilangan orang-orang yang tersayang

Three People Who Make Me Laugh:
1. Puteri Ain Alya
2. Shamsul Idzuan
3. Anak-anak buah

Three Things I love:
1. Anakku, Alya (melebihi nyawaku sendiri)
2. Suami
3. Ibu

Three Things I Hate:
1. Barang hilang
2. Poket kosong
3. Orang yang kacau hidupku & keluargaku

Three Things I Don't Understand:
1. Bila Alya dah mula bercakap
2. Bila orang malas bekerja mengadu
3. Orang yang cakap putar belit

Three Things I'm Doing Right Now:
1. Jawab Tag ini
2. Sambil minum milo
3. Sambil makan biskut tiger

Three Things I Want To Do Before I Die:
1. Bertaubat
2. Cover semua hutang-piutang orang, sembahyang & puasa
3. Pergi Haji.. InsyaAllah..

Three things I can do:
1. Makan minum mandi macam orang biasa
2. Main alat muzik ikut suka hati
3. Menyanyi ikut suka hati

Three Ways To Describe My Personality:
1. Simple person
2. Manja
3. Setia pada suami

Three Things I Can't Do:
1. Bawa lori dan bas
2. bawa kapal terbang dan helikopter
3. Bawa kapal selam.. hahahaha..

Three Person I want to Tag:  
1. ayie
2. pajeli 
3. nieja

Kepada kawan-kawan yang menjawab tag ini serta yang telah terbaca entry ini juga, silalah ambil kad tu sekali okeh.. Rindu sama kamu juga..

Monday, November 17, 2008

Batu Umbut Dari Kelapa..

Batu Umbut Kelapa
Sebenarnya malam tadi, Ecah dan suami ada singgah ke rumah mak suami ecah. Macam biasalah kami berborak dan tiba-tiba Abang Chik (abang kepada suami ecah) menunjukkan sebiji kelapa yang sudah terbelah dua. Dari jauh tak nampak pelik tapi bila ia dibuka. Hai ada dua biji batu yang terletak di tengah-tengah tempat umbut. Yang peliknya, kedua-dua batu tersebut memang keras dan tak lembut macam umbut kelapa serta menurut Abang Chik lagi, kelapa yang dibelah tersebut juga tidak mengeluarkan air kelapa?!!~ Pelikkannn...?!!~

Batu Umbut Di Dalam Kelapa
Selalunya umbut kelapa berada di sebelah sahaja tidak kedua-duanya. Berbeza dengan batu umbut yang terbentuk pada kedua belah. Setelah dikeringkan selama 4 ke 5 hari, barulah batu tersebut kering dan sedia untuk dijadikan sepasang cincin..

p/s - pertama kali ecah tengok benda macam ni, lainlah kalau batu serai dah biasa dengar..

Sunday, November 16, 2008

Wedding Azmi..

Hurray!! hari ini abah dan ibu bawak alya jalan-jalan lagi.. Kali ni, kami bertiga beranak ke Batu Gajah, Perak pulak ramai-ramai konvoi ke Majlis Perkahwinan kawan suami ecah di Perodua.. Agak jauh juga perjalanan yang memakan masa tiga jam dari Serendah. So, sempat ecah snap gambar telatah anak ecah semasa dalam perjalanan tu.


Kami sampai agak awal, malah pengantin pun belum tiba lagi.. Kebetulan rumah pengantin berdepan dengan taman bunga.. so lepas makan, kitorang lepak di taman tu sementara tunggu pengantin tiba. Huhu dah macam Hari Keluarga Perodua lah pula, dah lama tak berkumpul macam ni dengan keluarga & anak-anak masing-masing. Macam-macam keletah anak-anak diorang. Ada yang panjat pokok buluh.. ada yang main kayu dan kejar-kejar.. dan tak kurang pula yang terjatuh dan menangis.

Family Reunion
  • Family (Brother Harun, Baby Maisarah & Sue) with Alya..
  • Brother Wahid with Alya
  • Abah with Alya
  • Wife Brother Jasa with baby boy (11months)
  • Geng-geng sekerja hubby ecah..
  • Dari kiri: Isteri-isteri kepada Brother Shahrul, Brother Jasa, Brother Shamsul (hehe ecah le tu), Brother Harun & Brother Nazrul..

  • Adalah juga ecah & suami ambil gambar suasana gembira pada masa tu. Nasib ada taman yang redup tempat kami semua lepak dengan suami dan anak-anak. Hehehh tengoklah alya mula dah nak ada ramai kawan. Comel-comel pula tu!!

    Dari kiri: Bro Harun with baby, Bro Azmi, Bro Nazrul & Hubby
    So kepada Brother Azmi & isterinya, ecah & suami ucapkan Tahniah banyak-banyak!! Semoga berkekalan dan cepat-cepatlah ada baby.. Bleh join kelab kitorang yang dah ada anak-anak nih!! Punya jauh kami semua datang bereunion, lain kali di mana pula ya? ok thanks for inviting..

    Thursday, November 13, 2008

    Bakul Telur..

    Bakul Telur Kraftangan Untuk Tempahan..
    Just nak promote, malam tadi balik rumah mak mentua di Kg. Tok Pinang. Ecah berkesempatan untuk berjumpa dengan adik ipar ecah yang buat bisnes barangan kraftangan. Kebetulan dia tengah buat tempahan bakul telur ni untuk pelanggannya yang nak kahwin cuti sekolah ni. Kira oklah dia jual sebiji RM1 siap dengan reben dan bunga (3 kuntum). So, ecah pun tak ketinggalan untuk belajar cara-cara membuatnya. Memang agak senang nak buat, tapi amatlah leceh nak menggulung semua kertas majalah.. bayangkan kalau nak buat dalam 1000 biji bakul dalam masa seminggu!! Waduh mahu patah pinggang dan bahu dibuatnya!!~ Selain tu, daripada bahan yang sama juga boleh dibuat pasu-pasu, bunga telur (berbentuk bunga dan daun), bakul dan raga pelbagai guna. Ada juga raga yang khas untuk bekas hantaran, hehhehhhh.. So, kepada kengkawan bloggerz yang nak kahwin tu, kalau berminat bolehlah tempah dengan ecah ok. Ecah boleh kasi harga murah..

    My Workstation..

    Waduh ecah tak tau lah nak posting ape pada pagi ini.. so, ecah just nak langsaikan hutang tag dari kak azie..


    PERMATA HATI.., Picisan Ecah : Berpicis tentang kehidupan, tambah nama blog dan url blog anda di sini..

    rules:

  • snap work station anda

  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...

  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..

  • tengok contoh yang dibuat nih...

  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...

  • sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...

  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...

  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


  • Disebabkan syarat-syarat ni memerlukan kite untuk pass kepada 7 orang.. Ecah dah pilih dah. Sorry lah pada yang dah terkena tag tu semoga ia berkembang jugak.. dan jangan lupa untuk 'link'kan kepada siapa kamu pass tag ini.. huhuhu!!~

    Dan seterusnya tag ini kepada..
    1. Adry Sabri
    2. Anuar
    3. Chime
    4. DhiyaRuzanna
    5. Kika
    6. Nieja
    7. Ungu

    Ecah Masuk TV..?

    Sebenarnya, pagi ini setelah segala kerja dibereskan.. ecah tak tahu nak posting apa. So, layan-layankan aje surfing dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Sambil-sambil membelek emel yang baru tiba, terjumpa satu emel yang menarik perhatian ecah untuk membacanya. Huhuhu a newsletter dari [UTMChoir YahooGroups] - Koir UTM Yang Sepi.. Baca memang macam sedih tapi tula, ecah mula la nak terkenang balik time aktif Koir masa kat UTM dulu. Zaman ecah belom pakai gigi besi!!~ huahuahua!!~


    Dah bermacam kenangan ecah kumpul masa zaman menyertai koir. Sampai ke Jerman pun ada. Gambar yang di atas ni, adalah sedikit gambar kenangan semasa di Jerman dulu. Kami menyertai Festival Choir Olympic di Bremen, Germany semasa musim panas tahun 2004. Sangat enjoy katak okeh. Huh rindulah nak nyanyi semua lagu-lagu koir.. ada lebih dari 50 lagu yang pernah ecah nyanyi dan berlatih sepanjang 5 tahun.. yeke? tipu je tuh!! hahaha!!~


    Dalam emel tu, Pak Herman a.k.a. jurulatih kesayangan dah macam ayah ecah pun ada mengajak.. "kalau lapang bukalah you tube - koir utm." Ecah apa lagi, teruslah search Koir UTM di Youtube. Biarpun kualiti videonya agak kurang memuaskan. Tapi kira oklah tu, ini jelah kenangan yang dapat ecah kongsikan bersama kawan-kawan bloggerz yang lain. Credits kepada mereka-mereka yang sudi uploadkan video ke youtube cahayabulan & leybra.. ehehh.. kawan-kawan ecah juga mereka tu..


    Video yang atas ni adalah video rakaman program Ritma Menara yang ditayangkan di RTM TV1 & TV2. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu dari Indonesia.. Jangkrik Genggong.. dan ecah berdiri kat depan skali membawakan suara Soprano!!~ Masa nih sangat bangga terkembang idung okeh sampai sume ahli keluarga duduk kat depan tv nak tengok ecah dan teman-teman koir menyanyi!!~ huahuahua!!~


    Video yang atas ni pula diambil semasa menjalani rakaman di TV3 dalam akhir tahun 2004. Duh maleh nak citer pepanjang.. papehal pun, "enjoy your life to the fullest!!~" okies..

    Monday, November 10, 2008

    Wedding Ieja & Akbar..

    Dalam perjalanan..
    Semalam ecah telah pun menghadiri perkahwinan seorang lagi rakan masa kat ATPN dulu. Yang bestnya, dia ni adalah anak bongsu kepada seorang pelakon kegemaran mak mentua ecah, Rominah Sidek a.k.a. Mak Mah.. Ecah dulu tinggal satu asrama dengan ieja, tapi kami berlainan sekolah. Walau macam mana pun, kami satu bilik dan satu kelas tambahan di asrama..

    Wedding Ieja..
    Agak meriah suasana kat sana siap ada kugiran dan tarian zapin gitu. Tapi ecah tak sempat la plak nak amik gambar diorang menari zapin pasal ecah sibuk nak makan.. huahuahua!!~

    Ieja..
    Kepada Ieja & Akbar, Selamat Pengantin Baru ecah ucapkan.. Semoga Dimurahkan Rezeki dan cepat-cepat dapat baby.. hehehhehh.. Thanks for inviting..


    Memandangkan kami telah pun berada di Meru, Kelang. Ecah tak lupa pula untuk menyinggah ke tempat ecah berkursus dulu semasa dalam perjalanan pulang.. Alah dah dekat sangat tapi tuannya, En. Shahadi pula tak ada.. yang ada hanyalah pekerjanya, Abang Ujang dan beberapa orang yang datang melawat ladang. Sempatlah ecah menimba sedikit lagi ilmu berkaitan dengan penternakan yang ecah nak buat nih..


    Hari yang agak seronok dan nasib Alya tak meragam sepanjang hari tu. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi ecah ambil gambar aksi anak ecah dengan botol susunya.. Good girl!!~ Enjoy!!~

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin