Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Thursday, December 11, 2008

Dapur Masak Cendawan..

Angkat Dapur Masak Cendawan..
Balik dari kebun dah tengahari, singgah kat rumah ma dan abah. Kebetulan Abah dan adik ipar ecah, Fendy tengah nak alihkan dapur masak cendawan yang baru dibeli baru-baru ni. So, suami ecah pun tak melepaskan peluanglah untuk membantu bersama. Ecah menyelit jer tukang snap snap picture.. hikksss..

Oven Untuk Masak Medium Cendawan..
Actually, tak ingatlah pulak bila dia beli.. yang ecah ingat masa oven besar ni sampai, drebar lorinya tersilap hantar ke bangsal ecah. Nasib baik ecah ada masa tu siap tolong tunjukkan jalan ke bangsal yang betul.. ehehhh.. nilah tokei dia, yang berbaju hitam..

Tengah Lapikkan Tapak Dapur Dengan Papan..
Berat woh nak angkat nih. Dengar cerita, masa sampai hari tu Abang Cik sampah muntah-muntah angkat berdua ngan adik ipar.. huk3x.. tapi time ni dia dah okaylah..

Syakif Pun Nak Bertukang..
Ni ada sorang lagi penyebok kecik yang berdiri kat tepi, tak kurang hebat juga telatahnya nak jadi mandur.. anak boss la katakan.. hehehehhh..

Like Father Like Son..
Hehe, penatlah asyik snap orang buat kerja jerr.. Snaplah gambar budak yang nak buat kerja plak. Hehe, ni anak buah ecah yang tak kurang hebat jugak nak tunjuk bakat bertukang.. Habis motor atuknya digodeh-godeh dengan screw driver. Acah-acah jer tu. Namanya Syakif Afzal.. Huhu!!~ "Like Father Like Son.."

Main Taik Lembu Daa..

Tunas Pokok Naga Ecah..
Salam semua hari ini cuti, mari sambut Bday Sultan Selangor!!!!~ hahaha!!~ Ecah bangun awal-awal pagi hari ini semata-mata ingin ke kebun yang dah agak lama tak dijenguk. Last pun masa suami ecah mesin rumput hari tu.. Selebihnya dikerjakan oleh ayah, mak dan adik ecah, Adli.. Habis semua tiang lama dikoreknya nak buat tanam naga.. nampak sempit plak kebun ecah!! huhu takpelah~ nih gambar salah satu pokok naga ecah yang baru nak bertunas baru snap pagi nih.. banyak pulak anak-anaknya, sayang pulak nak cantas.. tapi apakan daya kena gak cantas tinggal satu je kasi cepat naik..

Tahi Lembu Bungkus Siappp!!
Just nak kongsi.. apa yang orang lain buat dengan RM80? Ecah?? Nak tahu? Ecah wat beli TAIK LEMBU SATU TAN!!~ ha3x.. tu pun tak cukup?!!!~ erkkk..

Gaul Tahi Lembu..
Semua tahi lembu ni sampai semalam adalah dekat 20 guni besar.. Semua ni nak buat baja pun, tapi bukan la untuk pokok-pokok naga ecah tu je, tapi nak buat jual juga. Alkisahnya anney lembu yang hantar tu call ecah, dia tak dapat nak hantar kol 5 petang semalam. Last-last sampai jugak tapi dah nak maghrib laa.. nasib hubby ecah da balik kerja so boleh tolong handle kat kebun. Bila dia balik rumah jerrr.. phewwwwwwwwwuhuhuhuhu!!~ baunya memang tak tahan habis satu badan, kereta & rumah bau tahi lembu!!! hahaha!!~

Gosok Palong Cacing..
Mula-mula, kena basuh bersih-bersih dan gosokkan batang pisang kat permukaan dalam palung dulu sebelum merendam tahi baja.. Ecah pun tak pasti kena gosok ke tak, alah gosok sajalah.. haha.. lagipun, bab-bab ni ecah boleh lagi laa.. hehe setakat gonyoh-gonyoh.. tapi tulah yang tak laratnya nak kena berangkut air plak pasal takde paip air kat kebun ecah ni.

Botol-Botol Air Kosong..
Nasib ada bantuan botol-botol kosong ni. Berulang-aliklah dari rumah abah mentua ecah angkut air.. huhhuhhuu!!~

Tangan Pegang Tahi Lembu..
Huhuhu!!~ ni husband ecahlah ni jadi model tangan pekerja terbaik.. sempat gak dia possing tangan dia!!~ hahaha!!~

Atas palong cacing..
Aii baru satu palong bang? Da nak posing amik gambar? hak3x..

Model Pekerja Terbaik.. hehehh..
Ehehhh.. :p Siap la dua palong.. Pukul 3 petang nak masuk kerja plak suami ecah nih.. huk3x.. Hasilnya? Tahi lembu yang direndam dalam palong la.. :D

Thursday, November 13, 2008

Bakul Telur..

Bakul Telur Kraftangan Untuk Tempahan..
Just nak promote, malam tadi balik rumah mak mentua di Kg. Tok Pinang. Ecah berkesempatan untuk berjumpa dengan adik ipar ecah yang buat bisnes barangan kraftangan. Kebetulan dia tengah buat tempahan bakul telur ni untuk pelanggannya yang nak kahwin cuti sekolah ni. Kira oklah dia jual sebiji RM1 siap dengan reben dan bunga (3 kuntum). So, ecah pun tak ketinggalan untuk belajar cara-cara membuatnya. Memang agak senang nak buat, tapi amatlah leceh nak menggulung semua kertas majalah.. bayangkan kalau nak buat dalam 1000 biji bakul dalam masa seminggu!! Waduh mahu patah pinggang dan bahu dibuatnya!!~ Selain tu, daripada bahan yang sama juga boleh dibuat pasu-pasu, bunga telur (berbentuk bunga dan daun), bakul dan raga pelbagai guna. Ada juga raga yang khas untuk bekas hantaran, hehhehhhh.. So, kepada kengkawan bloggerz yang nak kahwin tu, kalau berminat bolehlah tempah dengan ecah ok. Ecah boleh kasi harga murah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin