Monday, January 19, 2009

Bingkisan Hati Tahun Baru..

Alya's Sweet New Year Kiss!!
Assalamualaikum buat semua pembaca setia Picisan Ecah..

Ecah nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi membaca sedikit sebanyak coretan yang ecah luahkan di dalam blog ini. Alhamdulillah.. berkat doa semua yang mengenali ecah dan keluarga, ecah amat bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan kebahagiaan yang diturunkan oleh Allah swt.. Di kesempatan ini, ecah juga ingin memohon maaf di atas keterlanjuran tidak mengupdate blog yang tak seberapa ini. Sekian lama menyepikan diri bukan kerana suka-suka, tetapi di atas banyak urusan offline yang perlu diuruskan. Saban hari dan saban masa, balik kerja ada tempat lain yang menjadi tumpuan dan keutamaan.. Sampai rumah dah tak nampak benda lain selain membersihkan diri, solat dan katil tempat beradu.

Sinar Baru Azam Baru..
Resolusi tahun ni? yes.. memang banyak sangat yang perlu dicapai tambah lagi terlalu banyak harapan dan pengorbanan yang telah dilakukan sebelum ini selain dari wang dan tenaga. Antaranya ialah ingin terus membina sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna. Setiap orang mahukan kebahagiaan yang berterusan, dan demi kebahagiaan itu.. perlulah disokong dengan keadaan kewangan yang amat stabil dan kerjaya yang berjaya di samping amal ibadah yang cukup.. insyaAllah.. semoga harapan-harapan ini dapat ditunaikan dalam menjalani kehidupan yang mendatang..

Anak-Anak Cacingku Dah Membesar..
Sudah lama ingin buat posting tentang ni, tapi masih belum berkesempatan. [Hehe.. tangan ecah tu!!] Setelah penat jerih mengusahakan kebun yang taklah seberapa mana.. Alhamdulillah.. perusahaan yang diusahakan selama ini tidak lama lagi akan membuahkan hasil dan ecah juga nak berkongsi serba sedikit bibit-bibit kenangan yang pertama-tama kali merasainya bersama-sama rakan-rakan bloggerz yang lain. Mungkin orang lain geli dengan makhlus Allah yang satu ini. Tapi tidak buat diriku. Mungkin ada yang terdetik.. "Hai belajar kejuruteraan susah-susah tapi end up sebagai pekebun @ petani?" Tapi tidak bagiku.. Kerjaya tetap kerjaya dan takkan jadi batu penghalang untuk mengusahakan sesuatu keinginan.. Ini semua adalah persiapan untuk masa hadapan. Biar besar pelaburannya tapi hati puas.. 

5 comments:

ct_as said...

chaiyok ecah..truskan usaha!!

Aishah Hashim said...

mekasih as siap cheers lg tu..

---|||Abg Sakura|||--- said...

Oh anak cacing abang juga tu

Anonymous said...

kagum kagum.. ad sampai sekarang masih geli dengan cacing nih :(

AnGaH('',)bEsT said...

tomel nye ank awkj
hehe
cam mak n ayah nye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin