Tuesday, October 28, 2008

Minal Aidin Wal Faizin..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

ecah dan suami di pagi raya..
sebahagian daripada keluarga ecah..
Di kesempatan ini, ecah nak minta ampun banyak-banyak sebab dah lama tak update blog ni.. Memang tak berkesempatan langsung nak pegang komputer. Walau macam mana pun, banyak ecah nak kongsikan di sini perjalanan hidup ecah lebih-lebih lagi masa menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

nasik dagang che limah..
Huhu, pada malam raya pertama hari tu ecah telah pun didera mempelajari cara-cara memasak Nasi Dagang Kelate dengan Ibu mertua. Agak leceh sebab macam-macam benda nak kena sediakan. Takpelah demi suamiku yang tercinta, ecah gagahkan juga diri dan hasilnya amat memberansangkan. Padahal bukan masak betul pun dok tepi je tengok & tolong sikit-sikit.

Disamping belajar nasi dagang, ecah jugak belajar buat sambal dan gulainya sekali. Baru ecah tahu gulai nasi dagang kena campur gula merah rupanya. Hehe patutnya masak gulai tu kena asing-asing; gulai ikan tongkol lain, gulai ayam lain. Tapi nak menjimatkan masa punya pasal, campur sajalah.. hehe banyak lagi juadah lain nak buat.. dapur gas ade 4 je..

sempat ambil gambar alya dalam kereta..
Naik kereta papaya!!
Raya Kedua ecah sekeluarga balik Perak beraya di rumah keluarga suami ecah.. sampai-sampai sana semua tak ketinggalan nak naik jentera mengutip kelapa sawit milik pak su hisyam kat kampung. Lawak la pulak ramai-ramai naik pusing keliling kampung pakai baju raya!!~ sah sah orang bandar masuk kampung.. ada kereta yang hon hon dan tak kurang juga orang-orang kampung yang gelak berdekah-dekah melihatkan telatah kami..

huhu penat beraya bleh la tidur..
Pada hari raya ketiga pula, ecah banyak berjalan-jalan ke rumah saudara-mara di sekitar selangor dan kuala lumpur je.. waduh penat sungguh jalan-jalan makan-makan..

di kubur..
Ecah juga tak lupa untuk singgah melawat ke kubur mereka yang tersayang.. siap bawa anak lagi, mujur alya tak meragam.. mudah-mudahan doa ecah untuk semua yang telah pergi sentiasa diterima.. amin..

6 comments:

cemut said...

kak ecah!! pic kat atas tuh cantik!! segak jugak somi kak ecah!
haiyoh die blajo wat nasi dagang la..caya ahh!!!

Ungu said...

hehehe...
like mama like daughter..
gamba second last tuh..
giler stylo alya tdo..
hikhikhik
c(:

Aishah Hashim said...

to cemut
hehehe.. time kasih..
gambar diambil guna camera phone je..
huhu bahaye nih tunjuk gambar somi..
harap-harap raya haji ni dapatle buat nasik dagang sendirik..

Aishah Hashim said...

to ungu..
besela tengah pening² mabok pun sempat gak posing dgn anak.. tak tahan btol tengok gaye alya tido time nih!! hehikkk.. :D

nieja said...

akhirnye
update jugak..
penat tngu tau ehe
dah raye dpavali baru kak ecah
updte psal raye ehe

Aishah Hashim said...

to nieja..
sorry la ek pasal lambat hupdate.. terime kasihlah kerana sudi setia menunggu update dari kak ecah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin