Wednesday, October 29, 2008

Bangsalku..

Dulu..
Ecah eppy!! Ecah eppy!! Ingat tak dulu-dulu ecah pernah cerita pasal pagar kat tanah mak ecah tu? hehe.. ingat ke? tapi tak boleh eppy sangat pasal kerja buat bangsal kat dalam tanah tu tak siap sepenuhnya lagi.. Sebenarnya sebelum ecah jatuh sakit, ecah agak sibuk dengan penyiapan bangsal ni. Tiap-tiap hari balik kerja ada saja perkara yang nak diselesaikan. Selalu balik lewat malam.. Letih wooo.. Semalam baru order bumbung kat kilang tempat ecah kerja. Nasib boss kasi harga murah sangat-sangat!! Hari ni dah siap pasang dan tinggal nak buat lantainya saje. Gambar yang atas tu adalah gambar sebelum. Yang bawah pula, gambar masih lagi dalam proses nak siap. Kalau perasan ada pokok Kekasihku Seru kat sebelah bangsal.. wooooo!!
 
Dah ada bangsal..
Banyak lagi yang ecah kena fikir untuk mencukupkan budget memulakan perniagaan ni. Saiz bangsal? huh 24'- x 44'-!! Hehe.. kalau pandai cubalah teka perniagaan apa dengan bangsal macam ni?

ecah & suami..
Hehe.. saje nak interframe.. Di samping tu, sempat ecah ambil gambar pokok yang baru ditanam oleh abah mentua ecah. Hihi lepas ni ecah kenalah rajin-rajin siram dan kasi baja organik..

Anak-anak pokok di sekitarnya..
Antara pokok-pokok yang biasa ditanam.. pokok pisang jelah buat masa ni yang selalu tumbang dan ditanam semula. Yang sebatang tengah tu anak pokok pulasan. Yang dua bawah sekali tu, pernah dengar pokok rambutan budak sekolah? Tak taulah orang kata pokok rambutan jenis nilah yang paling manis dan merah.. Oklah sampai sini dulu update ecah kali ini..

6 comments:

cemut said...

hihi nanti tanam la pokok ciku ke.manggis ke ;p

Ecah said...

to cemut..

hrrmm bagus jugak idea cemut.. akan dimasukkan dalam senarai anak pokok yg nak dibeli.. hehehh..

Ungu said...

bagus2...
bila nak pindahkan cacing plak..
eyyyy...geli..geli...gile
C(:

Ecah said...

to ungu..

hampeh la ko ni..
bkan merayap kat badan ko pun..
cacing blom ade lg la..

nieja said...

nak buat ape bangsal2 tu
nak ternak cacing ke ape?
hahaha

Ecah said...

to nieja..

kalo ye nak ternak cacing pun.. ape salahnyerr??? hihihihi~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin