Tuesday, August 20, 2013

Oh Alyssa Minta Roti Canai

             Hari ni hari kedua menyiapkan & menghantar kedua-dua babies alya & alyssa ke tadika & pengasuh. Agak lemah sikit badan-badan asyik sakit aje. Semalaman alya dan alyssa tidur dengan nenek kat bilik sebelah. Neneknya pun dah 2 hari lewat ke sekolah. Semalam okla sbb ada function di kkb so xperlu ke sekolah dulu. Kesian nenek..

             Lepas hantar alya, nampak ada banner pendaftaran tadika kemas. Lah tak teringat yang alyssa memang nak sangat sekolah macam kakak dia. Terus pergi jumpa cikgu di taska permata. Tapi dah terlewat. Pendaftaran untuk 3 tahun dah penuh... huhuhu sedih.. kesian alyssa x berpeluang. Just isi nama ajelah dalam waiting list. Itu pun dah ada 2 orang yang menunggu. Ya Allah harap-haraplah dapat.. then, sempat bawa alyssa main gelongsor kat taska tu. Terkilan sangat terlupa nak tanya cikgu-cikgu tu. Patut bulan julai lagi dah tanyakan..

             Alyssa lepas main pulak.. nak mamam.. nak mamam.. nak mamam..? Kesian dia lapar. Kalau terus hantar ke rumah ummi mesti terus disuruh tidur dalam buaian. Rezeki Alyssa hari ni dapat makan roti canai kat kedai Jacko. Habis dia sepinggan...hahaha!! Kalaulah hari-hari macam ni.. Yelah semalam kedainya tutup.. lepas tu pergi kedai belikan pampers yang dah habis. Kat kedai cik mat ni, xde pampers besar so beli yang kecik aje. Harap kat abah beli pampers dari bulan lepas lagi ngelat-ngelat banyak alasan. Sabar jelah yea..

Oklah ni pic alyssa pagi ni.. kakaknya lah ni yang rajin snap. Hihihi..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin