Sunday, August 18, 2013

Memerhati Mesyuarat UMNO Cawangan Serendah

Persidangan cawangan-cawangan UMNO seluruh Hulu Selangor dah pun bermula sejak semalam. Seriau dengar ada cawangan yang tak cukup korum. Cawangan ecah minggu depan, tapi hari ni jam 2.30 ptg kena attend mesyuarat cawangan Serendah sebagai pemerhati dari wakil pu3 bahagian. Alhamdulillah cawangan ni semua sayap cukup korum dan selesai bersidang. Tahniah pakcikku menang bertanding jawatan Ketua Cawangan menggantikan atuk. Tahniah juga ketua pemuda, wanita & pu3 yang dilantik semula. Selamat menjalankan tugas untuk 3 tahun lagi. Selamat bersidang semua sayap di seluruh Hulu Selangor.. Bagi pu3 yang tak cukup korum, masih sempat lagi untuk atur persidangan yang lain sebelum 15 September.

P/s - Sempat tanya Ketua Pu3 HS tadi, ecah layak tak bertanding jawatan Exco Pu3 Bahagian.. Rupanya dah listed jadi Pengerusi Tetap. Alhamdulillah.. InsyaAllah... Kalau betul...saya terima.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin