Thursday, October 30, 2008

Gugurnya..

Memilikimu adalah antara yang terindah dalam hidupku..


Ecah baru saje buka balik gambar-gambar lama dalam kamera handphone untuk dibuat posting.. xlah lama sangat pun dalam bulan ni jugak sekali terjumpa gambar-gambar comel ni. Bergaya betul nak melawat ibunya. Tak silaplah gambar-gambar ni diambil oleh adik ecah, azam semasa nak melawat ecah kat wad minggu lepas.. isnin lepas.


Itulah ecah baru lepas operation kerana keguguran. Kandungan ecah masa tu dah 5 minggu risau gak. Baru ingat nak menimang satu lagi cahaya mata, dah terpaksa lupakan buat sementara waktu..

abah pakai selendang ibu bawa alya jumpa ibu..
Walau macam manapun, mental ecah dah ok sekarang ni tambah lagi dengan adanya sokongan orang-orang yang tersayang.. yang penting ecah dah sihat tak mabok pening muntah sakit. Sedih tu adalah juga tapi nak buat macam mana tak ada rezeki. Lagipun ecah bersalinkan alya dulu pun ceasar.. bahaya untuk ibu dan anak.. Huhu.. teruk juga kena berpantang sebulan macam baru lepas bersalin la pulak!! padan muka!!

tengah mamai lagi..
so moral of the story.. buat ibu-ibu yang baru bersalin ceasar, paksa diri untuk merancang!! Mesti jarakkan anak sekurang-kurangnya 2 tahun!! Jangan fikir tolak rezeki ke tidak, fikirkan keadaan diri tu yang masih belum sihat sepenuhnya.. Jangan degil tak nak dengar cakap mak mentua.. Oppss terkena batang hidung sendiri!!~ okies.. chow chin chow..


p/s - oh ye.. buat ungu.. update terbaru alya.. dua hari yang lepas.. alya mengigau dan seolah-olah sedang bercakap dalam tidur.. siap cakap babai.. babai.. betul atau tidak boleh confirmkan dengan abg awie pasal dia je yang dengar.. seriau gak time tu dah kol 2-3 pagi..


Dan keesokan harinya, dia dah pandai cakap tatatatatatatatah.. ada video tapi macam mana nak upload eh?? huhuhu~ jap.. ok dah berjaya upload..

Wednesday, October 29, 2008

Bangsalku..

Dulu..
Ecah eppy!! Ecah eppy!! Ingat tak dulu-dulu ecah pernah cerita pasal pagar kat tanah mak ecah tu? hehe.. ingat ke? tapi tak boleh eppy sangat pasal kerja buat bangsal kat dalam tanah tu tak siap sepenuhnya lagi.. Sebenarnya sebelum ecah jatuh sakit, ecah agak sibuk dengan penyiapan bangsal ni. Tiap-tiap hari balik kerja ada saja perkara yang nak diselesaikan. Selalu balik lewat malam.. Letih wooo.. Semalam baru order bumbung kat kilang tempat ecah kerja. Nasib boss kasi harga murah sangat-sangat!! Hari ni dah siap pasang dan tinggal nak buat lantainya saje. Gambar yang atas tu adalah gambar sebelum. Yang bawah pula, gambar masih lagi dalam proses nak siap. Kalau perasan ada pokok Kekasihku Seru kat sebelah bangsal.. wooooo!!
 
Dah ada bangsal..
Banyak lagi yang ecah kena fikir untuk mencukupkan budget memulakan perniagaan ni. Saiz bangsal? huh 24'- x 44'-!! Hehe.. kalau pandai cubalah teka perniagaan apa dengan bangsal macam ni?

ecah & suami..
Hehe.. saje nak interframe.. Di samping tu, sempat ecah ambil gambar pokok yang baru ditanam oleh abah mentua ecah. Hihi lepas ni ecah kenalah rajin-rajin siram dan kasi baja organik..

Anak-anak pokok di sekitarnya..
Antara pokok-pokok yang biasa ditanam.. pokok pisang jelah buat masa ni yang selalu tumbang dan ditanam semula. Yang sebatang tengah tu anak pokok pulasan. Yang dua bawah sekali tu, pernah dengar pokok rambutan budak sekolah? Tak taulah orang kata pokok rambutan jenis nilah yang paling manis dan merah.. Oklah sampai sini dulu update ecah kali ini..

Tuesday, October 28, 2008

Minal Aidin Wal Faizin..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

ecah dan suami di pagi raya..
sebahagian daripada keluarga ecah..
Di kesempatan ini, ecah nak minta ampun banyak-banyak sebab dah lama tak update blog ni.. Memang tak berkesempatan langsung nak pegang komputer. Walau macam mana pun, banyak ecah nak kongsikan di sini perjalanan hidup ecah lebih-lebih lagi masa menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

nasik dagang che limah..
Huhu, pada malam raya pertama hari tu ecah telah pun didera mempelajari cara-cara memasak Nasi Dagang Kelate dengan Ibu mertua. Agak leceh sebab macam-macam benda nak kena sediakan. Takpelah demi suamiku yang tercinta, ecah gagahkan juga diri dan hasilnya amat memberansangkan. Padahal bukan masak betul pun dok tepi je tengok & tolong sikit-sikit.

Disamping belajar nasi dagang, ecah jugak belajar buat sambal dan gulainya sekali. Baru ecah tahu gulai nasi dagang kena campur gula merah rupanya. Hehe patutnya masak gulai tu kena asing-asing; gulai ikan tongkol lain, gulai ayam lain. Tapi nak menjimatkan masa punya pasal, campur sajalah.. hehe banyak lagi juadah lain nak buat.. dapur gas ade 4 je..

sempat ambil gambar alya dalam kereta..
Naik kereta papaya!!
Raya Kedua ecah sekeluarga balik Perak beraya di rumah keluarga suami ecah.. sampai-sampai sana semua tak ketinggalan nak naik jentera mengutip kelapa sawit milik pak su hisyam kat kampung. Lawak la pulak ramai-ramai naik pusing keliling kampung pakai baju raya!!~ sah sah orang bandar masuk kampung.. ada kereta yang hon hon dan tak kurang juga orang-orang kampung yang gelak berdekah-dekah melihatkan telatah kami..

huhu penat beraya bleh la tidur..
Pada hari raya ketiga pula, ecah banyak berjalan-jalan ke rumah saudara-mara di sekitar selangor dan kuala lumpur je.. waduh penat sungguh jalan-jalan makan-makan..

di kubur..
Ecah juga tak lupa untuk singgah melawat ke kubur mereka yang tersayang.. siap bawa anak lagi, mujur alya tak meragam.. mudah-mudahan doa ecah untuk semua yang telah pergi sentiasa diterima.. amin..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin