Hrrmm.. posting kali nih ecah ingat nak cerita tentang kebun ecah plak. Tak banyak pokok buah pun baru nak mula tanam. Sekarang dah bersih dah suami ecah yang bertungkus lumus menebang dan menebas pokok-pokok yang menyemak. Abah mentua ecah pula rajin tanam anak-anak pokok pisang awak & pisang abu buat makan sekeluarga. Pagar pun dah disiapkan oleh pakcik Ajis. Tak tahu lagi ecah nak tanam pokok apa, almaklumlah nak buat tu banyak kerjanya. Ecah dan suami buat kerja pun time-time cuti hari minggu je. Ingat nak tanam rumput dulu (dah kena kursus tanam rumput plak.. huahuahua).
Sebelum : Rumah buruk dengan semak samunnya
* ecah pun tak berani masuk..
Selepas : Lega dah clear berkat usaha ecah juge
* siap bleh main kejar-kejar kat dalam rumah..
Sedih la plak kan tengok rumah yang sedia ada tu terbiar dengan pintu-pintu dan tingkap-tingkapnya lompong. Bukan tak ada habis dicuri dek penyangak. Wayar-wayar dan paip-paip semua pun habis dicuri buat jual. Bukan ecah sengaja biarkan tapi memang dari dulu lagi ayah ecah tak jenguk rumah ni. Sejak ecah budak lagi.. Atap pun nak kena repair. Kira-kira ade la dekat RM4k nak repair pintu, tingkap, bumbung dan tampal dinding yang retak**.
** macam banyak duit je ecah nih!! keje makan gaji je..
Dulu ada seorang penyewa kat rumah lama ni tinggal anak beranak (tak pernah bayar sewa pun). Dah lama pindah dah sejak ecah budak lagi. Mungkin sebab susah sangat sanggup tinggal kat rumah ni dengan tak ada bekalan api dan air (jamban ada tapi air tak ada). Yang teruknya bila dia pindah, habis semua wayar, kabel-kabel, paip dicabut buat jual. Dengan pagar-pagar sekali dia cabut. Baru-baru ni dengar dari orang kampung yang bekas penyewa rumah ayah ecah ni dah 8 biji rumah sewa dia buat perangai yang serupa.** Sabar je lah..
** macam mane la rasenye bagi anak bini makan hasil daripada duit tu.. Subhanallah..
No comments:
Post a Comment