Tuesday, August 26, 2008

Imunisasi..

Alya dengan kopeknye yg besar..

Semalam balik kerja je ecah terus jumpe aLya.. sian kena cucuk ye baby.. ibu tak dapat nak send aLya ke klinik sbb ibu dah berderet-deret cuti, takkan nak cuti lagi. Nasib nenek balik sekolah awal boleh tolong bawakan aLya ye sayang.. Biasalah kalau dah kene cucuk imunisasi, budak boleh naik demam dibuatnya. So, ecah pun tolonglah tuamkan..

p/s - malam ni akan menentukan keputusan pertarungan tiga penjuru PR-BN-AKIM!! tak sabar nak tengok kat TV!! Malam penentuan yang dinanti-nanti.. yang bakal mengubah mitos kepada realiti..

Cukur Jambul..


Majlis cukur jambul anak ecah telah pun diadakan pada 16-08-2008 Sabtu yang lepas lepas.. Almaklumlah ecah masa tu memang tak menang tangan nak pegang alya yang tak kurang hebat menangis sepanjang malam selepas majlis tu tak berkesempatan la pulak nak tulis post.. Yang istimewanya ade satu lagi bayi yang sama-sama bercukur jambul di majlis yang sama.. pokok pangkal, habis tobek rambut anak ecah!! huahuahua..

Monday, August 25, 2008

Pemergiannya..

Majlis pengebumian arwah atuk ecah telah selamat pada 19-08-2008.. Pergi meninggalkan dunia pada jam 4:02am 19-08-2008..

Kemudian menyusul pula majlis pengebumian arwah tok long pada 22-08-2008.. Pergi meninggalkan dunia pada jam 10:00pm 21-08-2008..

*Semoga allah menerima segala amal ibadatnya..

*Semoga dia ditempatkan tempat yang sebaik-baiknya.. amin..

Kenangan bersamamu..

"ado blaja english tak? sapo ado.. angggkat tangan!! *veeery goood!!! *tak blaja?? eh tu tak baguslah..
"
(atuk ecah mmg pandai english..)

"the pot calling the kettle black, sapo tahu angggkat tangan!! *mengato dulang paku serpih, mengato org dioo yang lobih!!"
(dari kecik dengar ayat ni.. sob..sob..)

"bapak ekau tinggal kat mano?? serondah ko..? den setinggi!!"
(mmg takde lawak lain kalo nampak ecah)

"den sepinggan makan tak abes, konyang beronti!!"
(maknanya makan la selagi lapar..)

"den ala litak!! mano pak itam atuk?? tak ado den tak nak makan.."
(ala litak *sudah lapar, pak itam *kicap)

Alhamdulillah semuanya selesai.. Semoga Allah memberkati dan mencucuri rahmat ke atas semua yang telah pergi.. Al-fatihah..

Thursday, August 21, 2008

Happy Birthday..


Wee.. ecah dah 25thn.. dah kawin.. dah ada anak.. thanks pada yang wish ecah hari ini.. Ecah agak busy sejak akhir-akhir ni.. bermula dari anak ecah yg sakit, kemudian kenduri cukur jambul, pemergian atuk yang tersayang serta menyusul kemudiannya pemergian arwah tok long.. so, ecah nak spendkan sikit masa berblogging pada hari jadi ecah yang agak suram ni..

Ecah tengok bintang horoskop kat google search.. arrghh.. mengarutlah!!

Ecah jalan-jalan kat friendster dan myspace.. Ade la dua tiga orang sama birthday dengan ecah.. same-same le kite yee..

Birthday celebrity plak.. Kenny Rogers!!! huahuahua..

Yang penting.. ecah bahagia sekarang dengan apa yang ada.. 

Friday, August 15, 2008

Award from Shayz..

Thanx to Shayz for awarding ecah with this award.. Hope our friendship will last longer..

Kebun..

Hrrmm.. posting kali nih ecah ingat nak cerita tentang kebun ecah plak. Tak banyak pokok buah pun baru nak mula tanam. Sekarang dah bersih dah suami ecah yang bertungkus lumus menebang dan menebas pokok-pokok yang menyemak. Abah mentua ecah pula rajin tanam anak-anak pokok pisang awak & pisang abu buat makan sekeluarga. Pagar pun dah disiapkan oleh pakcik Ajis. Tak tahu lagi ecah nak tanam pokok apa, almaklumlah nak buat tu banyak kerjanya. Ecah dan suami buat kerja pun time-time cuti hari minggu je. Ingat nak tanam rumput dulu (dah kena kursus tanam rumput plak.. huahuahua).

Sebelum : Rumah buruk dengan semak samunnya
* ecah pun tak berani masuk..

Selepas : Lega dah clear berkat usaha ecah juge
*  siap bleh main kejar-kejar kat dalam rumah..

Sedih la plak kan tengok rumah yang sedia ada tu terbiar dengan pintu-pintu dan tingkap-tingkapnya lompong. Bukan tak ada habis dicuri dek penyangak. Wayar-wayar dan paip-paip semua pun habis dicuri buat jual. Bukan ecah sengaja biarkan tapi memang dari dulu lagi ayah ecah tak jenguk rumah ni. Sejak ecah budak lagi.. Atap pun nak kena repair. Kira-kira ade la dekat RM4k nak repair pintu, tingkap, bumbung dan tampal dinding yang retak**.

** macam banyak duit je ecah nih!! keje makan gaji je..


Dulu ada seorang penyewa kat rumah lama ni tinggal anak beranak (tak pernah bayar sewa pun). Dah lama pindah dah sejak ecah budak lagi. Mungkin sebab susah sangat sanggup tinggal kat rumah ni dengan tak ada bekalan api dan air (jamban ada tapi air tak ada). Yang teruknya bila dia pindah, habis semua wayar, kabel-kabel, paip dicabut buat jual. Dengan pagar-pagar sekali dia cabut. Baru-baru ni dengar dari orang kampung yang bekas penyewa rumah ayah ecah ni dah 8 biji rumah sewa dia buat perangai yang serupa.** Sabar je lah..

** macam mane la rasenye bagi anak bini makan hasil daripada duit tu.. Subhanallah..

Wednesday, August 13, 2008

Longanku..

Hihi.. Ecah saje nak tunjuk gambar buah longan depan rumah.. Pokok ni bukanlah pertama kali nak berbuah tapi baru nilah pertama kalinya dia nak lebat.. Tiap hari dok petik sebijik-sebijik konon nak rasa buahnya peringkat by peringkat dari hijau sampai la ke masak.. Tak sabar nak tunggu buahnye masak..

Info saintifik : Buah Longan (Dimocarpus Longan) dari keluarga Sapindaceae

* Pandai marah adik jangan petik selagi tak masak.. tapi ecah sendiri petik.. kes.. kes.. kes..

* Ecah bagi baja pokok ni baja ORGANIK VERMIKOMPOS tau!!

Sunday, August 3, 2008

Pagar..

Dah 3 hari anak ecah batuk-batuk, pagi ni pun bawala ke klinik. Kesian betul batuk kahak sampai hilang suara, so senyap sikit rumah selalunye kedengaran suara anak ecah menguek. lepas makan ubat batuk dan selesema dia tidur sepuas-puasnya. Bila lapar, dia akan nangis dan mencari-cari susu..

Seronok juga dengar kabar pagar kat kebun tanah mak ecah dah nak siap. Habis jugak la duit simpanan dekat RM7ooo buat pagar saja.

Sekarang ni kat tempat ecah tinggal, semakin banyak banner kempen membuat rumah. Almaklumlah harga petrol naik, harga barang pun naik. Dulu nak buat rumah harga RM30k dah jadi RM60k. Besi dah la mahal bertambah-tambah mahal. Dulu sebatang RM15 sekarang dah RM28, simen dulu RM12 dah naik RM15 sekampit, pasir selori RM230, atap zink dulu RM3.50 sekaki sekarang dah RM4.70. hishhhh.. terbantut projek ternakan yang ecah nak laksanakan ni.. Nak buat bangsal simple pun dah makan dekat RM15k. Mana ecah nak cari duit lagi ni..

Saturday, August 2, 2008

Terkenang zaman sekolah

Assalamualaikum semua.. harap-harap sihatla ecah x berapa sihat hari ni. Mengingatkan dah lamo tak berblogging tibe-tibe ari ni rase nak start balik. Tak tau nak cerita pasal apo sebonanyo, tibe-tibe teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Zaman masa darah tengah muda ecah dulu aktif kadet polis. Memang seronok sampai team ecah dulu menang peringkat negeri nombor satu. Menembak no. 1 (Individu & Berkumpulan), Jalan Lasak no. 1, Kawad no. 4 (hehe tp skuad leader yg terbaik peringkat negeri!! megala - mishh u), Kadet Wanita terbaik no. 1. Dok tengok medal-medal hasil kemenangan kat dalam lemari* (ishh riak la pulak!!), semua meninggalkan kenangan pahit dan manis masa sekolah dulu.. bese la ecah yang jadi ketua platun dulu.. sape tak kenal "3 beradik kadet polis anak cikgu pipah.." bangge***

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti macam ni la yang dapat menambahkan semangat dan jati diri dalam diri pelajar. Demam-demam gi training kat atas bukit dekat jerat cino sampaila ke perigi tujuh serendah leh sampai sihat balik.. ahakss!! teringat mase nak bngon tido tu kemain na lembeknye, dah sampai atas bukit mak aii terkinje-kinje melompat.. Kita belajar kat sekolah dulu pening-pening, ade gak tempat nak menghiburkan diri. Yelah dari melepak tido kat rumah kan.. Terkenangkan cikgu yang bawak kitorang tu cikgu kimia (Pn. Rohmaton) kelas ecah mase tu. Sekarang ni dah buat ape la ye.. dan ayah-ayah kitorang mase tu.. (Inspektor Babu) hehe.. Inspektor yang in-charge untuk wakil Kadet Polis Hulu Selangor serta Koperal Jimi.. Ecah tabik betul la ngan diorang..

Selain tu, ecah ade gak sempat bace berita harian ari ni.. adeh ape dah jadi rakyat malaysia kite lepas satu satu kena tangkap kat luar negeri. Ecah doakan aje semoga mereka yang tersilap langkah jangan mudah berputus asa dengan hidup. Yang dah jadi tu ape nak buat, kita ambil saja iktibar tak kirelah yang muda ataupun tua. Yang penting jangan kite mudah lupakan tuhan dan beristifarlah banyak-banyak. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.."

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin