Sunday, April 3, 2011

Camping Kadet Polis


Semalam kena hantar pelajar ke Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Hulu Selangor. Peserta seramai 20 orang dari sekolah ecah. Seronok bawa budak ke sana, orang kata teringat zaman sekolah dulu menang johan peringkat negeri sape tak seronokkann? Ha sekarang jadi cikgu kadet polis pula, Tapi tula kan, bawa selagi boleh perut ni ke mana-mana. Penat toksah kiralah hari-hari pun penat memang tak pernah habis jadi cikgu ni. Pagi kena hantar budak ke KKB dan tunggu sampai diorang habis jalan lasak di Stadium Tmn Millenium tapi petang kena masuk mengajar sampai 6:40 ptg (maklum ya saya kena masuk kelas 2 Satria tiap hari Jumaat last period). Malam pula bersiap-siap kena pergi tidur di sana (padang SMKKKB). First time tidur dalam khemah dengan perut boyotnya, dengan anak keciknya.. Alya pun bukan main susah nak kawal lari sana lari sini satu padang malam-malam. Hai mujurlah polis-polis kat sana garang-garang atuk gitu siap bawak dia sentri malam-malam. Aduhai buku rekod xsiap lagi.. huhuhu.. fulun dalam khemah le jawabnya.. hahaha..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin