Saturday, February 20, 2010

Lagi 8 Hari..

Hm.. dah berzaman tak mengupdet blog. semua kengkawan blog pun dah lari sunyi sepi. Pejam celik pejam celik selesai sudah belajar di UPSI. Tinggal nak menjalani praktikum saja lagi. Berdebar-debar.. maklumlah den pertamo kali ni ha.. hehehe.. testing cakap negori jap..

Persoalannya pagi ini, tengok kalendar dah 20hb. Apakah persediaan yang dah dilakukan untuk menempuh alam persekolahan tak lama lagi? Cukup bersediakah aku untuk menempuhinya? Hehehe.. Yakin dengan kebolehan diri.. InsyaAllah..

Minggu lepas dah balik Seremban, tapi tak berkesempatan pula nak mencari sekolah tempat praktikum di mana. Kawan-kawan tahu ke, kat mana Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba? Kalau dilihat dalam Google map, sekolahnya macam di belakang rumah je.. kalau dekat.. Alhamdulillah..

Semalam pergi jamuan Gong Xi Fa Cai sempena rumah baru kawan di Serendah Utama. Cantik rumahnya Miss Lai. Ni gambar Alya yang terkini makan sate.. Nyum nyum.. Sedap..

Alya makan sate..
Ha ni makan sate selepas berebut kerusi baby dgn anak Ms Lai (Jack).. Siap dengan Cheongsamnye..

Nak makan sate ke angpow?
Sambil makan sate dapat angpow plak.. hehehe.. Toche..aa Ms Lai.. Gong Xi Gong Xi..

Lepas tu sambung ke Tesco plak.. tp jalan² cari pau Pak Hailam dan roti je.. penat melayan si kecil ni tapi janji hati puas..

Naik troli..
P/s - Hm.. Hari ni ada jemputan kahwin kawan lama di Sri Kelana dulu, tapi husband pula kerja. Sedihlah pula..

2 comments:

Adry said...

Saya pun dah jarang update blog... skrg baru nak aktif kembali...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Dean said...

Aslkm...salam ziarah..dipendekkan cite, bleh tuan rumah singgah atau linkkan blog saye ni http://novelinz.blogspot.com ,ok terima kasih byk2 ye,bye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin