Tuesday, February 17, 2009

Milo Panas & Strawberry..


Salam.. baru baru ni ecah ada pergi ke Cameron Highland.. hehehe.. ni yang bersemangat ecah nak update pasal trip ke Cameron Higland. xmo cakap banyak pagi ni.. Jom pekena hot chocolate & strawberry.. hehehe..

Friday, February 13, 2009

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah..

No Unik ID DPLI
Salam semua, baru hari ni dapat beli nombor unik ID ni di Bank Simpanan Nasional (BSN). Sudah lama mengimpikan sebuah cita-cita ingin menjadi guru tapi apakan daya, belum kesampaian. Walau macam mana pun, ecah nak kongsikan di sini. Baru-baru ini ada diiklankan di surat khabar Berita Harian (8 Februari 2009) buat semua lepasan ijazah yang ingin menjadi guru, bolehlah memohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai.

Maklumat lanjut bolehlah rujuk di
Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA

Wednesday, February 4, 2009

Separation Anxiety..

Alya Having Separation Anxiety
Oh pernahkah kalian yang membaca tentang tajuk ni [especially ibu-ibu..] "Separation Anxiety" di kalangan bayi-bayi? Sebagai ibu, ecah juga tak lepas untuk mengalaminya di mana bayi akan mula mengenal orang yang selalu berada di sekelilingnya dan tidak mahu berpisah lebih-lebih lagi ibunya. Hehehe.. Pernah juga ecah dengar kadang-kadang si ibu sampai merungut [InsyaAllah Ecah tak!!]. Kalau anak dah mula besar tapi tak mahu berenggang langsung dan asyik nak berdukung dengan si ibu sahaja. Alya didukung oleh abahnya sendiri pun tak mahu meraung-raung dan menggeletikkan badan tanda tak suka. Mungkin kerana abah selalu balik dari kerja lambat [dah malam baru sampai rumah]. Apa lagi kalau opah yang sangat jarang memegangnya. [tasuke!! tasuke!!]

Adakalanya ia akan menimbulkan ketidaksenangan pada orang-orang yang baru dikenalinya. Walau bagaimana pun, jangan risau. Ini adalah perkembangan semulajadi yang akan dialami oleh semua kanak-kanak dan secara positifnya, ia menunjukkan otak bayi tersebut sudah mula boleh berfikir. Mereka akan merasa lebih selamat dan selesa dengan orang yang lebih dekat dan selalu bermain dengan mereka. Jangan pula berkecil hati sekiranya bayi tidak menunjukkan rasa tidak senang. Terangkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain kenapa dan mengapa. Berikan sedikit masa dan ruang kepada bayi untuk bermesra dengan mereka.. InsyaAllah..

Satu lagi contoh tanda-tanda separation anxiety yang dapat dilihat sangat ketara pada anak kecil iaitu setiap pagi apabila mereka bangun, mereka akan menangis mencari si ibu. Adakalanya menangis sampai tak berhenti-henti walaupun dipujuk. Sukar juga nak melaluinya tambah lagi kita yang tak sampai hati meninggalkannya tapi mahu pergi kerja dan adakalanya juga terlewat. Begitu juga terjadi kepada yang menghantar anak ke nursery. Yang penting, jangan sesekali menyelinap lari supaya dia tak mencari-cari. Biarkan seseorang mendukungnya tatkala kita menaiki kereta dan meninggalkan rumah. Sekurang-kurangnya bayi akan merasa lega dan sedikit tenang melihat kereta yang beransur pergi. Memang mereka akan merasa terpisah, walau bagaimana pun lambat laun mereka akan memahaminya dan tidak lagi menangis mencari-cari.

Dengan steering pun leh separation anxiety ka?!!
[Kes selalu sangat tengok abah pegang steering sekali dapat langsung xmo berenggang!! hak3x..]

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin