Showing posts with label koir. Show all posts
Showing posts with label koir. Show all posts

Friday, July 3, 2009

Ibu Kandung Suluh Budiman..


Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad
Pancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat
Hidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah
Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan
Kami Tetap Berbakti

Aktiviti favourite ecah semasa Minggu Suaikenal. Dapat belajar nyanyi lagu baru.. Jom koir? Sempat lagi mintak adik SMS* yang sedang bertugas tu snapkan gambar.. bersemangat betul.. hihihi..

p/s - SMS* tu gelaran untuk adik-adik Sekretariat Minggu Suaikenal. Kitorang ni pula digelar MMS (Mahasiswa Minggu Suaikenal).. hihihi GPRS xde ke?

Thursday, November 13, 2008

Ecah Masuk TV..?

Sebenarnya, pagi ini setelah segala kerja dibereskan.. ecah tak tahu nak posting apa. So, layan-layankan aje surfing dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Sambil-sambil membelek emel yang baru tiba, terjumpa satu emel yang menarik perhatian ecah untuk membacanya. Huhuhu a newsletter dari [UTMChoir YahooGroups] - Koir UTM Yang Sepi.. Baca memang macam sedih tapi tula, ecah mula la nak terkenang balik time aktif Koir masa kat UTM dulu. Zaman ecah belom pakai gigi besi!!~ huahuahua!!~


Dah bermacam kenangan ecah kumpul masa zaman menyertai koir. Sampai ke Jerman pun ada. Gambar yang di atas ni, adalah sedikit gambar kenangan semasa di Jerman dulu. Kami menyertai Festival Choir Olympic di Bremen, Germany semasa musim panas tahun 2004. Sangat enjoy katak okeh. Huh rindulah nak nyanyi semua lagu-lagu koir.. ada lebih dari 50 lagu yang pernah ecah nyanyi dan berlatih sepanjang 5 tahun.. yeke? tipu je tuh!! hahaha!!~


Dalam emel tu, Pak Herman a.k.a. jurulatih kesayangan dah macam ayah ecah pun ada mengajak.. "kalau lapang bukalah you tube - koir utm." Ecah apa lagi, teruslah search Koir UTM di Youtube. Biarpun kualiti videonya agak kurang memuaskan. Tapi kira oklah tu, ini jelah kenangan yang dapat ecah kongsikan bersama kawan-kawan bloggerz yang lain. Credits kepada mereka-mereka yang sudi uploadkan video ke youtube cahayabulan & leybra.. ehehh.. kawan-kawan ecah juga mereka tu..


Video yang atas ni adalah video rakaman program Ritma Menara yang ditayangkan di RTM TV1 & TV2. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu dari Indonesia.. Jangkrik Genggong.. dan ecah berdiri kat depan skali membawakan suara Soprano!!~ Masa nih sangat bangga terkembang idung okeh sampai sume ahli keluarga duduk kat depan tv nak tengok ecah dan teman-teman koir menyanyi!!~ huahuahua!!~


Video yang atas ni pula diambil semasa menjalani rakaman di TV3 dalam akhir tahun 2004. Duh maleh nak citer pepanjang.. papehal pun, "enjoy your life to the fullest!!~" okies..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin