Monday, June 27, 2011

Sambutan Hari Koperasi SMKS

Pagi ni ecah kena conduct pelajar menyanyi koir di sekolah. Hehehe.. agak sukar nak kawal pelajar sekolah berbanding pelajar universiti, kerana masih ramai lagi yang malu-malu gitu dan mereka pun tak ada pengalaman. Makanya ini adalah pengalaman mereka yang pertama menyanyi koir di bawah bimbingan ecah. Walau macam mana pun, nyanyian berjalan lancar walaupun muzik agak perlahan dan kurang kedengaran. Microphone pun setakat satu, itu pun bateri nak habis (guna yang wireless - habis kat ucapan perasmian.. hukhuk). Maklumlah pertama kali, biasalah ada banyak kekurangan dari segi pitchinglah, mimik muka.. dan yang kelakarnya ada yang miming.. takpelah boleh dimaafkan sebab praktis sekali aje, what do you expect kannn? ada yang xpernah praktis pun, tiba-tiba je muncul.. takpelah yang penting semangat..

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama
Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah

Jiwa demokrasi
Keupayaan koperasi
Jangan harap subsidi
Berdiri di atas kaki sendiri
Kuatkan semangat
Bangunkanlah jiwa yang hebat
Bersatu demi rakyat
Hidup dalam muafakat

Wawasan 2020
Kita tidak akan mengeluh
Bersedia berstrategi
Menentukan nasib sendiri

Mesyuarat Persidangan UBHS 2011

Salam.. Apa khabar semua? Just nak postkan gambar semasa mesyuarat persidangan UBHS 2011 yang berlangsung di IKBN Kuala Kubu Bharu. Ecah xpernah btau ecah pun ada juga terlibat dengan parti politik. Alhamdulillah menyertai pertubuhan macam ni banyak mengajar Ecah tentang erti perjuangan di samping dapat bersosial dan bermasyarakat.


Pergi dengan hubby, adik ipar dan teman. Kat sana baru jumpe KC dan KW, Aja dan mak ara.. Aduhai datuk-datuk datin-datin.. panasnya kemain dewan tu. Eceh mengadu domba pula. Tapi memang panass!! tambah lagi ecah ni dah 7 bulan membawa perut.

Hubby dan teman-teman seperjuangannya dari Cawangan Kg. Dato' Harun Serendah


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin