Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Kerana Gigi..

Assalamualaikum semua,

Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog ecah yang tak seberapa ni. Sekian lama ecah tak update. Minta maaf banyak-banyak sangat kerana tak dapat nak melawat blog kawan-kawan dalam masa terdekat ini. Memang betullah kata-kata mak dan ayah, bukan senang nak jadi usahawan. Perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. Tambah lagi ecah masih bekerja dalam bidang construction. Balik kerja terus ke kebun menguruskan perusahaan. Balik rumah pula perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tambah lagi sudah 3 minggu Alya diserang demam panas dan selesema. Sepanjang-panjang tu, sudah 3 kali ke Klinik Syifa [Tak baik-baik sakitnya malah makin teruk!!] dan akhir sekali ke Klinik Panel kedua - Poliklinik Serendah [Sekali pergi sampailah sekarang baru OK]. Nasib baik ecah mempunyai ibu dan adik-adik yang boleh membantu untuk menjaga Alya dengan penuh kasih sayang. Bukan senang nak jaga bayi yang sedang sakit terutama sekali waktu bagi makan ubat dan waktu makan/menyusu. Sayu betul ecah melihatnya.. Sekarang baru boleh meniup nafas lega bila si kecil dah beransur pulih dan sihat.
Pada malam 21/02/2009
Alya mula menunjukkan tanda-tanda selesema dan demam, malah sangat aktif seperti biasa. Malam tu kami ke Klinik Syifa untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberikan ubat demam, selesema dan antibiotik.
Pada malam 24/02/2009
Demam sudah reda, tetapi selesema belum baik lagi. Ada tanda-tanda dia batuk kahak. Alya sudah tak mahu menyusu, makan & minum. Makanan yang disuap hanya dikulum sampailah dia penat & tertidur.
Pada 25/02/2009
Pergi sekali lagi mendapatkan rawatan ke klinik. Kali ini perlu pam hingus dan sedut kahak-kahak yang ada. Balik tu lepas makan ubat, Alya dah okay sedikit sudah mahu makan. Tetapi keesokannya, dia selesema semula. Macam biasa ubat memang tak pernah miss sampailah hari ketiga, kahak mula ada balik. Tapi ubat yang ada masih lagi tak miss makan.
Pada 01/03/2009
Ubat dah habis. Alya mula demam balik tapi kali ni lebih panas. Pergi semula ke klinik yang sama untuk mendapatkan rawatan. Mungkin kerana orang agak ramai, doktor terlupa untuk memeriksa suhu badan sebelum pam hingus Alya dan terus keluar tunggu ambil ubat. Jadi doktor tak senaraikan sekali ubat demam. Tapi ecah minta juga ubat demam masa nak ambil ubat tu.
Pada 02/03/2009
Petang sebelum balik kerja, adik ecah call suruh ke klinik segera. Seluruh badan dan muka Alya mula naik ruam merah yang agak banyak. Badan dan kepala pun masih panas. Tapi kali ni tukar klinik dan terus mendapatkan rawatan di Poliklinik Serendah. Huhuhu tuhan jelah yang tahu, betapa merahnya muka ni kena marah dan perli dengan doktor tu. Lepas pam hingus dan makan ubat di klinik, Alya terus lemah dan tidur. Ingat lagi kata doktor, "Balik ni jam 3pagi mesti bangun kasi ubat demam, pukul 7pagi baru bagi semua ubat yang diberi ikut timing yang diberi.."
Lepas dua hari, Alya sudah beransur pulih dan sihat.. Alhamdulillah.. lega.. first gigi pun dah boleh nampak hari ni!!!~ hihi gigi bawah.. habis semua benda nak digigitnya.. tajam pula tu!!~

Wednesday, February 4, 2009

Separation Anxiety..

Alya Having Separation Anxiety
Oh pernahkah kalian yang membaca tentang tajuk ni [especially ibu-ibu..] "Separation Anxiety" di kalangan bayi-bayi? Sebagai ibu, ecah juga tak lepas untuk mengalaminya di mana bayi akan mula mengenal orang yang selalu berada di sekelilingnya dan tidak mahu berpisah lebih-lebih lagi ibunya. Hehehe.. Pernah juga ecah dengar kadang-kadang si ibu sampai merungut [InsyaAllah Ecah tak!!]. Kalau anak dah mula besar tapi tak mahu berenggang langsung dan asyik nak berdukung dengan si ibu sahaja. Alya didukung oleh abahnya sendiri pun tak mahu meraung-raung dan menggeletikkan badan tanda tak suka. Mungkin kerana abah selalu balik dari kerja lambat [dah malam baru sampai rumah]. Apa lagi kalau opah yang sangat jarang memegangnya. [tasuke!! tasuke!!]

Adakalanya ia akan menimbulkan ketidaksenangan pada orang-orang yang baru dikenalinya. Walau bagaimana pun, jangan risau. Ini adalah perkembangan semulajadi yang akan dialami oleh semua kanak-kanak dan secara positifnya, ia menunjukkan otak bayi tersebut sudah mula boleh berfikir. Mereka akan merasa lebih selamat dan selesa dengan orang yang lebih dekat dan selalu bermain dengan mereka. Jangan pula berkecil hati sekiranya bayi tidak menunjukkan rasa tidak senang. Terangkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain kenapa dan mengapa. Berikan sedikit masa dan ruang kepada bayi untuk bermesra dengan mereka.. InsyaAllah..

Satu lagi contoh tanda-tanda separation anxiety yang dapat dilihat sangat ketara pada anak kecil iaitu setiap pagi apabila mereka bangun, mereka akan menangis mencari si ibu. Adakalanya menangis sampai tak berhenti-henti walaupun dipujuk. Sukar juga nak melaluinya tambah lagi kita yang tak sampai hati meninggalkannya tapi mahu pergi kerja dan adakalanya juga terlewat. Begitu juga terjadi kepada yang menghantar anak ke nursery. Yang penting, jangan sesekali menyelinap lari supaya dia tak mencari-cari. Biarkan seseorang mendukungnya tatkala kita menaiki kereta dan meninggalkan rumah. Sekurang-kurangnya bayi akan merasa lega dan sedikit tenang melihat kereta yang beransur pergi. Memang mereka akan merasa terpisah, walau bagaimana pun lambat laun mereka akan memahaminya dan tidak lagi menangis mencari-cari.

Dengan steering pun leh separation anxiety ka?!!
[Kes selalu sangat tengok abah pegang steering sekali dapat langsung xmo berenggang!! hak3x..]

Sunday, August 3, 2008

Pagar..

Dah 3 hari anak ecah batuk-batuk, pagi ni pun bawala ke klinik. Kesian betul batuk kahak sampai hilang suara, so senyap sikit rumah selalunye kedengaran suara anak ecah menguek. lepas makan ubat batuk dan selesema dia tidur sepuas-puasnya. Bila lapar, dia akan nangis dan mencari-cari susu..

Seronok juga dengar kabar pagar kat kebun tanah mak ecah dah nak siap. Habis jugak la duit simpanan dekat RM7ooo buat pagar saja.

Sekarang ni kat tempat ecah tinggal, semakin banyak banner kempen membuat rumah. Almaklumlah harga petrol naik, harga barang pun naik. Dulu nak buat rumah harga RM30k dah jadi RM60k. Besi dah la mahal bertambah-tambah mahal. Dulu sebatang RM15 sekarang dah RM28, simen dulu RM12 dah naik RM15 sekampit, pasir selori RM230, atap zink dulu RM3.50 sekaki sekarang dah RM4.70. hishhhh.. terbantut projek ternakan yang ecah nak laksanakan ni.. Nak buat bangsal simple pun dah makan dekat RM15k. Mana ecah nak cari duit lagi ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin