Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Thursday, December 11, 2008

Main Taik Lembu Daa..

Tunas Pokok Naga Ecah..
Salam semua hari ini cuti, mari sambut Bday Sultan Selangor!!!!~ hahaha!!~ Ecah bangun awal-awal pagi hari ini semata-mata ingin ke kebun yang dah agak lama tak dijenguk. Last pun masa suami ecah mesin rumput hari tu.. Selebihnya dikerjakan oleh ayah, mak dan adik ecah, Adli.. Habis semua tiang lama dikoreknya nak buat tanam naga.. nampak sempit plak kebun ecah!! huhu takpelah~ nih gambar salah satu pokok naga ecah yang baru nak bertunas baru snap pagi nih.. banyak pulak anak-anaknya, sayang pulak nak cantas.. tapi apakan daya kena gak cantas tinggal satu je kasi cepat naik..

Tahi Lembu Bungkus Siappp!!
Just nak kongsi.. apa yang orang lain buat dengan RM80? Ecah?? Nak tahu? Ecah wat beli TAIK LEMBU SATU TAN!!~ ha3x.. tu pun tak cukup?!!!~ erkkk..

Gaul Tahi Lembu..
Semua tahi lembu ni sampai semalam adalah dekat 20 guni besar.. Semua ni nak buat baja pun, tapi bukan la untuk pokok-pokok naga ecah tu je, tapi nak buat jual juga. Alkisahnya anney lembu yang hantar tu call ecah, dia tak dapat nak hantar kol 5 petang semalam. Last-last sampai jugak tapi dah nak maghrib laa.. nasib hubby ecah da balik kerja so boleh tolong handle kat kebun. Bila dia balik rumah jerrr.. phewwwwwwwwwuhuhuhuhu!!~ baunya memang tak tahan habis satu badan, kereta & rumah bau tahi lembu!!! hahaha!!~

Gosok Palong Cacing..
Mula-mula, kena basuh bersih-bersih dan gosokkan batang pisang kat permukaan dalam palung dulu sebelum merendam tahi baja.. Ecah pun tak pasti kena gosok ke tak, alah gosok sajalah.. haha.. lagipun, bab-bab ni ecah boleh lagi laa.. hehe setakat gonyoh-gonyoh.. tapi tulah yang tak laratnya nak kena berangkut air plak pasal takde paip air kat kebun ecah ni.

Botol-Botol Air Kosong..
Nasib ada bantuan botol-botol kosong ni. Berulang-aliklah dari rumah abah mentua ecah angkut air.. huhhuhhuu!!~

Tangan Pegang Tahi Lembu..
Huhuhu!!~ ni husband ecahlah ni jadi model tangan pekerja terbaik.. sempat gak dia possing tangan dia!!~ hahaha!!~

Atas palong cacing..
Aii baru satu palong bang? Da nak posing amik gambar? hak3x..

Model Pekerja Terbaik.. hehehh..
Ehehhh.. :p Siap la dua palong.. Pukul 3 petang nak masuk kerja plak suami ecah nih.. huk3x.. Hasilnya? Tahi lembu yang direndam dalam palong la.. :D

Sunday, November 23, 2008

Hari Ini Saya Berkebun..

pokok buah kelapa..
Hari ni pagi-pagi lagi ecah dah bangun bersiap nak ke kebun. Huhu semua pasal dengar cerita semalam ada orang panjat pagar kebun curi buah kelapa. Hai punya banyak tanah tak berpagar yang ada pokok kelapa berbuah tak pulak nak dicurinya. Langsung ecah pun naik mengidam nak minum buah kelapa? huahuahua!!~ Boleh tahan jugak ecah panjat pokok kelapa nih.. sebenarnya buahnya dah berkurang adalah dekat 10 biji ecah panjat dan petik.. tapi bukan panjat macam monyet!! guna tangga okeh.. pokok ni bukanlah tinggi sangat pun.. ayah ecah jaga kat bawah.. hahaha!!~

Potong rumput..
Suami ecah pulak steady jerr kerjanya mesin rumput.. sambil-sambil tu kitorang berdua menolong mak dan ayah ecah menanam pokok naga. Itu pun nak tambah pokok yang ditanam hari tu sampai cukup 20 tiang..

Kebun Ecah..
Hari yang baik kusangka cerah, tapi hujan juga akhirnya.. petang tu hujan lebat sampai ke malam, tak dapek la den nak ko kobon. Hrrmm.. hujan-hujan tengok tv & layan anak ecah yang dah pandai berguling-guling ni sambil hirup air kelapa pun sedap juga.. hihihi!!~

Alya yang dah pandai guling-guling..

Monday, November 17, 2008

Batu Umbut Dari Kelapa..

Batu Umbut Kelapa
Sebenarnya malam tadi, Ecah dan suami ada singgah ke rumah mak suami ecah. Macam biasalah kami berborak dan tiba-tiba Abang Chik (abang kepada suami ecah) menunjukkan sebiji kelapa yang sudah terbelah dua. Dari jauh tak nampak pelik tapi bila ia dibuka. Hai ada dua biji batu yang terletak di tengah-tengah tempat umbut. Yang peliknya, kedua-dua batu tersebut memang keras dan tak lembut macam umbut kelapa serta menurut Abang Chik lagi, kelapa yang dibelah tersebut juga tidak mengeluarkan air kelapa?!!~ Pelikkannn...?!!~

Batu Umbut Di Dalam Kelapa
Selalunya umbut kelapa berada di sebelah sahaja tidak kedua-duanya. Berbeza dengan batu umbut yang terbentuk pada kedua belah. Setelah dikeringkan selama 4 ke 5 hari, barulah batu tersebut kering dan sedia untuk dijadikan sepasang cincin..

p/s - pertama kali ecah tengok benda macam ni, lainlah kalau batu serai dah biasa dengar..

Saturday, November 8, 2008

Tanam Pokok Naga..

Ecah memang dah niat nak menanam pokok-pokok naga yang dibeli oleh mak ecah semalamnya. Abah mentua ecah sangat gembira bila mendengarkan mak ecah nak tanam pokok naga merah di tanah tu. Tapi sayanglah pula, mak ecah pula ada Kursus Kepengetuaan di Pangkor dan tak dapat bersama-sama menanamnya.


Agak banyak juga, sebanyak 13 batang tiang konkrit yang perlu dicabut dan ditanam semula. Yang perit tu nak cabut semula batang konkrit yang dah lama ditanam. Almaklumlah nak menjimatkan kos dengan guna semula tiang pagar dulu yang dah sedia ada. Dah takde pe guna pun.. Paling senang sekali nak cabut tiang yang kat sebelah kolam keli nih. Tapi jerih jugak.. Pasal dah memang elok-elok kat tebing, macam mudah sket la daripada yang lain nak kena gali sekeliling tiang. Lepas tu nak kena hancurkan simen-simen tepi tiang tu pakai pahat.. huh!!~ letih!!~ Jadi kami lima beranaklah bersama-sama buat. Huhu!!~ ecah tak buat la cuma tolong amik gambar je.. Tolong jugakkan..?


Salute lah kat abah mentua ecah, dia sorang boleh angkat tiang-tiang yang berat tu!! Umur da masuk 68 tahun tapi gagah lagi macam badang.. hihi..


Abah mentua ecah yang baju kaler hijau tu dan ayah ecah pulak yang baju kaler biru.. Yang pakai baju kaler merah tu pulak adik bujang ecah, adli.. sekolah lagi, tapi eloklah hujung-hujung minggu menolong kat kebun ade juga faedahnya.. kannn?!!~ hehehe..


Sambil-sambil tu, ecah menjenguk juga kegiatan membuat palung oleh tiga brother yang buatkan bangsal ni. Seronok betul mereka ecah datang amik-amik gambar diorang tengah buat kerja.


Macam biasa balik rumah, inilah penghilang penat dan penghibur setia ecah dan suami tiap kali pulang bekerja..

Sepetang Di Kebun Naga..

Semalam petang balik dari kerja, mak ecah ada ajak ecah ke Kebun Naga yang terletak di tepi jalan menghala ke Ampang Pecah & Kuala Kubu Bharu. Huh ecah kalau orang dah ajak cepat je bersiap nak pergi. Tambah lagi kalau nak ke kebun buah memang ecah suka!!~ huahuahua!!~


Mak ecah dah lama mengimpikan kebun naga sendiri. Tambah lagi kalau buahnya merah dan manis. Hehe.. ecah pun tumpang happylah kitorang semua satu keluarga memang hantu buah naga!!~ huahuahua!!~ Tujuan utama ke kebun ni bukanlah nak beli buah naga, tapi nak dapatkan anak benihnya. Fuhh!! Banyak juga wak-wak nih mencantas.. adalah dalam lebih dari 50 anak pokok. Ecah beli cuma 30 batang je, tapi agaknya seronok tengok ecah & mak ecah yang overacting posing tangkap gambar dalam kebun. Wak tu bagi lebih daripada 20 anak pokok percuma!!~ Baik sungguh hati wak.. hehehh.. tapikan wak yang bagi free tu macam seganlah bila ecah nak amik gambar dia. Lain la wak yang sorang kat bawah nih.. gumbire sungguh dia.. hahahaha!!


Baiklah wak.. Akan ecah ingat pesan-pesan dan tips-tips nak membela pokok-pokok naga nih. Cara-cara nak menanam senang jerr. Setiap tiang konkrit bolehlah ditanam sebanyak empat anak pokok. Tanam pangkal yang dicantas tu dalam dua inci sahaja. Kemudian, ikat pokok merapat ke tiang dengan tali rafia. Boleh guna tayar-tayar buruk untuk tinggikan tanah di sekeliling pokok. Pokok ni pun tak banyak songeh nak menjaganya. Tak perlu siram selalu. Bila hari betul-betul panas baru siram tanahnya sekali sehari. Kalau gerimis atau hujan jangan siram. Baja pun tak perlu banyak-banyak. Diorang guna baja tahi ayam. Alah tahi ayam kat Kg. Tok Pinang tu bersepah-sepah. Huhu kutip je kot? Tak pun baja organik ecah pun bleh pakai.. hehehhh.. Nanti kalau tunasnya tumbuh di bahagian bawah, perlulah dicantas jangan kasi hidup. Biar tunasnya tumbuh di bahagian atas supaya cepat naik dan berbunga serta paling best sekali.. berbuah.. sekian untuk kali ini. Nanti ecah update lagi.. balik petang nih nak tengok kerja-kerja menanam pulak.. peace!!~

Wednesday, August 13, 2008

Longanku..

Hihi.. Ecah saje nak tunjuk gambar buah longan depan rumah.. Pokok ni bukanlah pertama kali nak berbuah tapi baru nilah pertama kalinya dia nak lebat.. Tiap hari dok petik sebijik-sebijik konon nak rasa buahnya peringkat by peringkat dari hijau sampai la ke masak.. Tak sabar nak tunggu buahnye masak..

Info saintifik : Buah Longan (Dimocarpus Longan) dari keluarga Sapindaceae

* Pandai marah adik jangan petik selagi tak masak.. tapi ecah sendiri petik.. kes.. kes.. kes..

* Ecah bagi baja pokok ni baja ORGANIK VERMIKOMPOS tau!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin