Showing posts with label bakul telur. Show all posts
Showing posts with label bakul telur. Show all posts

Sunday, December 14, 2008

Wedding Amat & Amani..

On The Way Ke Wedding Amani..
Well, actually ari nih ecah merajok ngan husband pasal dia macam tak jadi jerr nak pergi wedding kawan ecah yg nih.. uk uk leh lak last minute wat OT. Tapi, dalam kol 10 pagi tiba-tiba call soh siap amik dia kol 12 tghari kat Perodua siap pesan baju nak terus pergi wedding. Yayyyyy!!!!

Alya yang pegang kad..
Dengan heppynya ecah menyiapkan & memandikan anak kecil dan memakaikan baju yang lawa-lawa.. Ha tengok la ni anak ecah pun pandai nak tunjuk jalan kat abahnye.. Nasib baik Taman Keramat taklah jauh sangat dengan Serendah, pergi naik Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dan jalan pun tak jam sangat biarpun besok orang dah mula kerja.. 

Wedding Amat & Amani..
uk uk, kali ni kena bawa adik ecah azizah leh tolong snap snap pic ecah, abang dan baby nanti. erkk bukan buli okayh.. nilah hasilnya.. gambar ecah sekeluarga dengan keluarga Cik Amat.. Dua-dua ni kawan ecah masa kat UTM dulu dan sama-sama satu fakulti (Fakulti Kejuruteraan Awam).. anyway, CONGRATULATIONSSSS!!!! Semoga berbahagia ke anak cucu!!!~

Tahniah Amat & Amani..

Thursday, November 13, 2008

Bakul Telur..

Bakul Telur Kraftangan Untuk Tempahan..
Just nak promote, malam tadi balik rumah mak mentua di Kg. Tok Pinang. Ecah berkesempatan untuk berjumpa dengan adik ipar ecah yang buat bisnes barangan kraftangan. Kebetulan dia tengah buat tempahan bakul telur ni untuk pelanggannya yang nak kahwin cuti sekolah ni. Kira oklah dia jual sebiji RM1 siap dengan reben dan bunga (3 kuntum). So, ecah pun tak ketinggalan untuk belajar cara-cara membuatnya. Memang agak senang nak buat, tapi amatlah leceh nak menggulung semua kertas majalah.. bayangkan kalau nak buat dalam 1000 biji bakul dalam masa seminggu!! Waduh mahu patah pinggang dan bahu dibuatnya!!~ Selain tu, daripada bahan yang sama juga boleh dibuat pasu-pasu, bunga telur (berbentuk bunga dan daun), bakul dan raga pelbagai guna. Ada juga raga yang khas untuk bekas hantaran, hehhehhhh.. So, kepada kengkawan bloggerz yang nak kahwin tu, kalau berminat bolehlah tempah dengan ecah ok. Ecah boleh kasi harga murah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin