











Huhu~ lama tak update.. Oklah dari kelmarin punya cerita, ecah buat biskut lain pulak.. tapi sebenarnya segan nak posting.. sebab sangat tak hensem.. mane taknya, balik dari kerja suami ecah tetiba ajak pergi dengar Forum anjuran tempat kerjanya di Perodua.. kira best jugakla forum tu (Tajuk: Tersungkur Di Pintu Aidilfitri) dan sempat berbuka puasa di sana makan nasi minyak rendang kambing.. huahuahua!!~
Habis forum balik sempat singgah rumah mak mertua solat maghrib dan hantar baju yang nak dialter.. sampai rumah tengok Kekasihku Seru lagi.. hahaha.. start buat pun dah lebih kurang 10:30malam.. alamatnya dengan mata kuyu pun layan buat kuih sampai 3pg!!~ huahuahua!!~ belasah je resipinya buat sendiri.. tp jadi jugak.. best best..
So, nilah kuih yang ecah katakan.. biskut reka sendiri tapi sedap juga rasanya.. masa buat nih, anak ecah tak ada kat rumah telah dilarikan ikut neneknya pergi shopping kat KL sejak petangnya.. fuhhh!!~ dekat 3:30pagi baru balik!!~ shopping sakan!!~ mane taknya dia saja sampai 3 helai baju kurung!! kalah emaknya!! huahuahua.. sempat try lagi tu.. jam pun dah dekat 4pg.. alang-alang sahur terus je.. hihihi..
Sekembalinya dari projek membuat kuih semperit selama 2 hari.. Ecah telah pun memulakan projek ecah yang kedua iaitu Biskut Sarang Semut Ecah.. Ecah dapat idea nak buat kuih ni pun semasa buat kuih semperit sebab acuannya senang nak buat (lebih kurang sama je). Tapi acuan ni ecah ubah sikit dengan menggantikan esen vanilla dengan esen bunga ros serta melebihkan tepung kastard dan menambah tepung jagung supaya bila makan nanti rasanya lebih lemak.. sekali ngap pergghhhh nak lagi.. huahuahua!!~
Beginilah rupa sebenar nak memarut doh kuih sarang semut yang nampak senang, tapi lambat, leceh dan melenguhkan!!~ huahuahua!!~ Beli acuan nih dah le mahel RM4.50 last-last letak tepi je.. huahuahua!!~
Setelah setengah jam memarut sampai nak terjelir lidah dibuatnya, tetiba dapat idea pulak guna penapis teh ni.. cepat dan berkesan!!~ huahuahua!!~ memanglah parutan guna penapis teh ni agak halus berbanding pemarut asalnya.. tapi kalau guna pemarut asal dekat setengah jam baru boleh siap 5-6 biji kuih je.. bila nak tidur ni besok pagi nak kerja??!!~ adewwhh.. fenin.. fenin..
Tadadadaaa!!!~ Alhamdulillah.. Akhirnya ecah berjaya juga siapkan projek kuih raya yang kedua tahun ni.. biarpun kurang hensem.. hehe.. (baru dua acuan besok sambung lagi).. Harap kawan ecah especially cemut enjoy dengan sarang-sarangnya yang comel nih.. nak meh lew!!~
..
..
..
..
..
..
..
Salam terima kasih untuk kali ini.. chow chin choww!!
Yeehaaa!!~ Inilah laporan proses membuat kuih semperit kegemaran ecah sekeluarga.. Dalam banyak-banyak kuih, ecah paling minat kuih ni sebab senang nak buat.. huahuahua~
Soryle ecah tak pandai la pulak nak bagi sukatan sebenar bahan-bahan yang ecah gunakan sebab ecah style main masukkan je sesedap rasa.. janji sebelum nak disemperitkan tu rasenye sedap.. huahuahua~
Mula-mula sekali, masukkan lebih kurang 2 senduk planta, satu senduk tepung kastard, 2-3 senduk gula icing (ikut kesedapan citarasa masing-masing) dan 1 sudu kecil esen rose/vanilla. Kemudian, gaul-gaulkan supaya nanti nak dipukul taklah terbang-terbang tepungnya.
Dah bakar tu, keluarkan cepat-cepat dan jangan lupa pulak kipas-kipaskan wapnya supaya tahan sampai Raya nanti. Ada orang malas nak buat, alamatnya kuih akan cepat berkulat tak tahan lama.
Huhu~ baik ecah sorok dulu sebelum yang lain nampak..
Almaklum la kuih sedap takut tak sempat raya dah kena kebas!!~ huahuahua!!~
Sekian, terima kasih daun keladi!!~ hihihi..
Assalamualaikum semua..
Sempena Hari Raya yang tak lama lagi akan menjelang, ecah nak kasi kad raya kepada semua kengkawan yang sudi melawat ke blog picisan-ecah ni.. Sebagai tanda terima kasih biarpun ecah masih baru dalam dunia blog nih.. Apa-apa pun ecah tetap nak ucapkan kepada kengkawan semua..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..
So, kepada kengkawan yang teringinkan kad raya yang dipos, cepat-cepatlah hantarkan alamat ke email ecah di aisyaheen@gmail.com sementara stok masih ada @ tuliskan alamat di ruangan komen pun boleh.. InsyaAllah, kad raya ecah akan sampai ke rumah kengkawan semua..
Kepada kengkawan yang juga nak send kad raye pada ecah (ecah pakse). Kat bawah ni alamat ecah ok.. Ingat tau, ecah tak paksa.. dengan harapan berilah dengan ikhlas..
D/A AISHAH HASHIM
LOT 90 KG TOK PINANG
48200 SERENDAH SELANGOR
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Bila & Bagaimana Al-Quran Diturunkan:
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Fungsi Al-Quran
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.
Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya.
Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372):
Cabaran peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88)
Cabaran kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (TTQ 11 : 13-14)
Cabaran ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (TTQ 2 : 23 )
Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan kecemerlangannya.
Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab, kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok dan partinya sahaja.
Bangsa-bangsa non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi negeri tersebut.
KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN
Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah).
Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
1. Merupakan cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
2. Peraturan masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan
3. Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya, Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.
Al Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah:
NAMA-NAMA AL-QURAN
Allah memberi nama kitab-Nya iaitu Al Quran yang bererti "bacaan".
Erti ini dapat kita lihat dalam surah (75) Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18.
Nama ini dikuatkan oleh ayat - ayat yang terdapat dalam surah (17) Al -Israa' ayat (88), surah (2) Al-Baqarah ayat (85), surah (15) Al-Hijr ayat (87), surah (20) Thaaha ayat (2), surah (27) An Naml ayat (6), surah (46) Ahqaaf ayat (29), surah (56) Al-Waaqi'ah ayat (77), surah (59) Al-Hasyr ayat (21) dan surah (76) Addahr ayat (23).
Menurut pengertian ayat-ayat di atas, Al-Quran itu dipakai sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Selain Al Quran, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya, seperti:


Beli handphone AP aje..
Tapi baik punya AP..
AP Telstra mari..
Dapatle 2 tahun warranty..

Ada macam-macam kaler..
Lain kaler lain harga..
Mula-mula nak ambil biru..
Tapi merah juga yang kena..

*START COPY*
After all, everyone has something to be grateful for and/or something to complain about. If you would like to accept the challenge, please follow the appropriate link and do so: “Are You Grateful?“, “Complain Complain Complain.”
Contributors to “Are You Grateful?” & “Complain Complain Complain“ are: 1-Attitude, the Ultimate Power 2-Max 3-DianaCA’s Metamorphoses 4-Mental Poo 5-My Thoughts 6-Baba Doodlius 7-Wake Up America 8-Life is a Roller Coaster 9-Life and Me 10-pinay mommy’s love blog 11-My Happiness Haven 12-And Life Goes On for a Filipino Mom 13-Blessed Sanctuary 14-Expressions And Thoughts 15-Memories by Jenn 16-Reminiscence of My Adventures 17-In the Life of Mne 18-Juliana’s Lair 19-Pinay Wahm 20-Lucid Creativity 21-Winged Words 22-Irresistible Fascinations 23-A Little Time 24-See Me For What You Will 25-Greatest Reviews 26-ETC ATBP 27-Gandacious 28-We Are Family 29-Journey to this thing called LIFE 30-www.rajeshrana.net 31-www.rajeshrana.com 32-BaReFooTeD Me 33-Uncomplicated 34-Points of View 35-Pride & Prejudice 36-Colorful World 37-Nora’s Notes 38-A Daily Walk With Bill & Gina 39-Strange but True 40-Everything Under The Sun ( Beth Rebokon ) 41-Kaleidoscope 42-Fil-Oz Blog 43-By Osc@r Luiz 44-Comedy Plus 45-Blogging by Sandee 46-Soul Meets World 47-Mae’s Memoirs 48-Beyond the Rave Reality 49-Amori, poesie, arte, chat by Hanna 50-Attached at the Hip 51-Carver’s Sight or is that Site? 52-Empress Reviews 53-Simple Pleasures In My Heart 54-Lourdes’ mia 55-A Grateful Heart 56-Majorsleepyhead 57-Scrappy n Happy in Ohio 58-CHOC MINT GIRL 59-Extraordinary Things 60-ZOOROPAZOO 61-BeNolSatuEm 62-As The World Turns 63-Your Caring Angels 64-Life Is Wonderful To Know Everyday 65-Sugar Magnolias 66-Little Peanut 67-Creative In Me 68-Me and Mine 69-Pea in a Pod 70-the diary of the Pink & Brown Wedding 71-good thoughts, good trades, good life 72-My Blog - all things me 73-Rainbows 74-Little Corner of Mine 75-Me, Myself and I 76-My Planet Purple 77-Amel’s Realm 78-A Handful of Surprises 79-A Detour 80-Something Purple 81-Vanity Kit 82-Are You Grateful? 83-A Simple Life 84-BlogTips.Com 85-Balitang Kalye 86-Mariuca 87- Emila Yusof 88-A Total Blog 89-My Life in this Wonderful World 90-MommyAllehs 91-Things That Suck 92-A Mother’s Stuff 93-Princess Vien 94-My Inner Thoughts Revealed 95-Roxiticus Desperate Housewives 96-Apples Of The Eyes 97-Nita’s Random Thoughts 98-Nita’s Corner 99-Thomas Digital Services 100-A Mother’s Thoughts101-Meltwater. Torrents. Meanderings. Delta 102-My Perfect Escape 103-Vanidosa. Marie 104-Confessions of a Supermodel Wannabe 105-Lynda’s Loft 106-Listening..Learning..Living 107-LadyJava’s Lounge 108-The Painted Veil 109-Poeartica 110-Maryannaville 111-the life of a psychotic weirdo 112-CARPE DIEM 113-Turn-u-Off 114-asian mutt international 115-Petty Ramblings of a Petty Queen 116-LIFE IS A ROLLER COASTER 117-AZZY’S BLOG-A-ROONIE! 118-glad to be here 119-WilStop 120-Dare to Blog 121-WebGeek Journal 122-Foster Me Up 123-This is My Life 124-DaveylynneDR 125-Life Realities 126-aNgRiAniWorld Dot Com 127-All That Matters 128-My Inspiration Sharing Land 129-Hidup Biar Sedap 130-Mutiara Hati 131-EM Muhammad 132-I Digress 133-Mapped Memories 134-Working It 135-Startin’ A New Life too, 136-Little Secret 137-FEEL FREE to Express Yourself 138-iAM-Mai 139-SOLOFLIGHT 140-BLACKNICKEL 141-NEUROPATCH 142-EMJEI SAYS 143-Big Money List 144-daily information 145-TRCoach 146-LOVE YOUR LIFE! 147- INSTANT MESSAGES 148-MEME ME 149-mEldita’s untamed world 150-mEldita’s uncensored life 151-i.MEL.dific 152-SNAPSHOT 153-DAILY STOCK PICKS 154-The Pet Haven 155-Pet’s Garden Blog 156-Ketuk_angel Weblog 157-Laketrees 158-WannaSmile 159-ENROUTE 365 160-Life Is Like That 161-Adry Sabry 162-Picisan Ecah..
*END COPY*
Cara nak buat Tag ni… Buat satu ucapan syukur anda dan copy box di atas ni yang ada tulis “Start Copy” sampai “End Copy” di bawah ucapan anda dalam satu entry baru… pastu tulis nama anda berserta link di nombor kosong yang tersedia.. Kalau boleh copy dari source untuk paparan box yang sama atau terpulang kalau nak ubah..
Last sekali , Tinggalkan komen di sini dan anda bolehla tag orang lain pulak..