Monday, June 27, 2011

Mesyuarat Persidangan UBHS 2011

Salam.. Apa khabar semua? Just nak postkan gambar semasa mesyuarat persidangan UBHS 2011 yang berlangsung di IKBN Kuala Kubu Bharu. Ecah xpernah btau ecah pun ada juga terlibat dengan parti politik. Alhamdulillah menyertai pertubuhan macam ni banyak mengajar Ecah tentang erti perjuangan di samping dapat bersosial dan bermasyarakat.


Pergi dengan hubby, adik ipar dan teman. Kat sana baru jumpe KC dan KW, Aja dan mak ara.. Aduhai datuk-datuk datin-datin.. panasnya kemain dewan tu. Eceh mengadu domba pula. Tapi memang panass!! tambah lagi ecah ni dah 7 bulan membawa perut.

Hubby dan teman-teman seperjuangannya dari Cawangan Kg. Dato' Harun Serendah


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011!!



Ucapan Selamat Hari Guru..
Kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia..

Friday, April 22, 2011

Alya's trip ke doktor gigi


Hari ni membawa si kenit ke klinik gigi serendah. Maklumlah hari Jumaat memang khas untuk kanak-kanak. Jadi ecah tak melepaskan peluang untuk membawa anak ke klinik gigi. Baguslah misi-misi dari klinik kesihatan ni ada buat lawatan ke taska anak ecah. Hambik ko 5 batang nak kene tampal kate cikgunye larr!!! mo 5 kali ulang-alik klinik tiap hari jumaat. Ikutkan hati nak je setelkan semuanya satu hari. Tapi faham-fahamlah klinik kerajaan kan murah foc dan alya pun kecik lagi. Budak-budak memang cepat bosan, tapi nasib baik hari ni mood dia baik. Hihihi.. tak nangis pun. Siap balik tu nak check gigi ibu ngan abah pula. Hahaha..

p/s - ade ke patut misi tu kata anak ecah ni da 6 tahun? huhuhu kecik lg lar baru nak masuk 3 tahun.. hehehe.. baik anak ecah xnangis. Pandai dia nganga mulut besar-besar. tau pun nak gigi cantik iyeeee...

Sunday, April 17, 2011

Durian oh durian

Assalamualaikum.. pagi-pagi lagi tengok si kecil ni membelasah durian.. Anak sapaaaa la nieee??? Nampak sangat air liuq basi xcuci lagi.. bangun-bangun aja durian.. hahaha..


Inilah pertama kalinya alya pandai makan durian. Habis licin disapunya. Berkat tunjuk ajar dari atuknya. Sebelum ni jangankan nak mencuba, pandang pun tak hingin. "Durian busuk". Pandai dia bau tapi sekali dah rasa, "Nak lagi?" Hahahha..

Sunday, April 3, 2011

Rentas Halangan di Kem Bina Semangat


Tak sempat-sempat nak balik, Kak Azmah dah minta tolong tengokkan anak-anak murid ni buat rentas halangan. Maklumlah cikgu-cikgu yang bertugas pagi ni xsampai lagi, berkemungkinan mereka tak tahu ke mana budak-budak ni dibawa. Apa lagi seronok ape siap bawak anak lagi ke sana (kadet paling muda & paling aktif, tapi bawak botol susu!!! erkk!!!!~).

Tengokla tak berkelip mata alya tengok kakak-kakak semua meloncat, bergayut kat tali atas air. Camna pun dapat jugakla si kenit ni nak mencuba walau pun kat tepi aje. Cikgu Shuib pun rajin melayan.. hahaha tau pun cucu cikgu pipah ni tau jgn main-main.. cucu boss!! hahaha!!~

Yang ni dapat bergantung pun jadila. Abang polis ni sebenarnya teringat kat anak dia yang sebaya dengan alya. Langsung hari ni melayan kerenah alya yang nak mencuba semua rentas halangan yang ada, siap bawak naik tembok. Seriau menengok ketinggian tembok tapi itula akibatnya.. "Mak cikgu Kadet Polis, Abah Polis". Anak pun nak mengikut sama beraninya.


Camping Kadet Polis


Semalam kena hantar pelajar ke Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Hulu Selangor. Peserta seramai 20 orang dari sekolah ecah. Seronok bawa budak ke sana, orang kata teringat zaman sekolah dulu menang johan peringkat negeri sape tak seronokkann? Ha sekarang jadi cikgu kadet polis pula, Tapi tula kan, bawa selagi boleh perut ni ke mana-mana. Penat toksah kiralah hari-hari pun penat memang tak pernah habis jadi cikgu ni. Pagi kena hantar budak ke KKB dan tunggu sampai diorang habis jalan lasak di Stadium Tmn Millenium tapi petang kena masuk mengajar sampai 6:40 ptg (maklum ya saya kena masuk kelas 2 Satria tiap hari Jumaat last period). Malam pula bersiap-siap kena pergi tidur di sana (padang SMKKKB). First time tidur dalam khemah dengan perut boyotnya, dengan anak keciknya.. Alya pun bukan main susah nak kawal lari sana lari sini satu padang malam-malam. Hai mujurlah polis-polis kat sana garang-garang atuk gitu siap bawak dia sentri malam-malam. Aduhai buku rekod xsiap lagi.. huhuhu.. fulun dalam khemah le jawabnya.. hahaha..

Sunday, February 20, 2011

Hari Sukan SMKS..

Majlis Kejohanan Olahraga SMK Serendah
Hari / Tarikh : Sabtu / 19 Feb 2011

Thursday, February 3, 2011

Wedding Liza Anak Cik Din & Jalan-Jalan Di Sekitar Johor


Kenangan bersama Liza, anak Cik Din (pakcik kepada husband ecah) yang tinggal di Johor.


Lepas kenduri kahwin Liza, kami satu kereta berjalan-jalanlah ke sekitar Johor Bahru. Maklumlah mak mentua ecah dan anak-anak buah yang lain teringin sangat nak berjalan-jalan. Mereka pun tak berapa tahu sangat tempat di Johor ni. Mula-mula tu kami pergi melawat rumah atuk & wan ecah di Jalan Juara, Off Jalan Mariamah. Huhu, sedih pulak tengok rumah ni dah kena tinggal, habis roboh bumbungnya. Yelah arwah atuk dah takde, wan pula dah pindah Seremban. Rumah ni asalnya nak dijual tapi entahlah.. tiada pembelikah macam mana, ecah xtahu. Sayang rumahnya sangat dekat dengan bandar, Yayasan Warisan Johor, Hutan Bandar dan sebagainya. Dah jadi rumah pusaka pula, tapi bila tengok rumah di sebelah mak aii cantik sangat sebab sudah diubahsuai.


Sunday, January 30, 2011

Anakku dah pandai melaram



Hihi.. gambar ni masa di rumah sewa adik ecah di shah alam. Baru dapat jumpa si kecil ni semalam tidur dengan makciknya. Amboi baru sehari dah pandai tiru gaya makcik dia yang suka melaram.
Alkisahnya ibu dia dah memang tak larat sangat. Asyik muntah-muntah aje. Maklumlah dah berbadan dua memang semua tak lalu. Makan pun susah. Hai si kecil ni nakkan perhatian. Mujur makcik-makciknya rajin melayan.

Sunday, June 13, 2010

Wedding Kak Juwai..


Kenangan masa wedding kakak sedara..
Congratulations to Kak Wai n Hubby, Alan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin