Picisan Ecah :
[[ Berpicis tentang kehidupan.. ]]
Wednesday, April 22, 2020
Malam Kedua - Malam Tanpa Mummy Corn
Monday, May 6, 2019
Subuh di Masjid Nurul Iman, Serendah
Sempat ambil video perjalanan ke masjid. Alhamdulillah moga istiqomah.. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami..
Thursday, March 28, 2019
Monday, January 1, 2018
Tuesday, August 27, 2013
Tuesday, August 20, 2013
Oh Alyssa Minta Roti Canai
Hari ni hari kedua menyiapkan & menghantar kedua-dua babies alya & alyssa ke tadika & pengasuh. Agak lemah sikit badan-badan asyik sakit aje. Semalaman alya dan alyssa tidur dengan nenek kat bilik sebelah. Neneknya pun dah 2 hari lewat ke sekolah. Semalam okla sbb ada function di kkb so xperlu ke sekolah dulu. Kesian nenek..
Lepas hantar alya, nampak ada banner pendaftaran tadika kemas. Lah tak teringat yang alyssa memang nak sangat sekolah macam kakak dia. Terus pergi jumpa cikgu di taska permata. Tapi dah terlewat. Pendaftaran untuk 3 tahun dah penuh... huhuhu sedih.. kesian alyssa x berpeluang. Just isi nama ajelah dalam waiting list. Itu pun dah ada 2 orang yang menunggu. Ya Allah harap-haraplah dapat.. then, sempat bawa alyssa main gelongsor kat taska tu. Terkilan sangat terlupa nak tanya cikgu-cikgu tu. Patut bulan julai lagi dah tanyakan..
Alyssa lepas main pulak.. nak mamam.. nak mamam.. nak mamam..? Kesian dia lapar. Kalau terus hantar ke rumah ummi mesti terus disuruh tidur dalam buaian. Rezeki Alyssa hari ni dapat makan roti canai kat kedai Jacko. Habis dia sepinggan...hahaha!! Kalaulah hari-hari macam ni.. Yelah semalam kedainya tutup.. lepas tu pergi kedai belikan pampers yang dah habis. Kat kedai cik mat ni, xde pampers besar so beli yang kecik aje. Harap kat abah beli pampers dari bulan lepas lagi ngelat-ngelat banyak alasan. Sabar jelah yea..
Oklah ni pic alyssa pagi ni.. kakaknya lah ni yang rajin snap. Hihihi..
Sunday, August 18, 2013
Memerhati Mesyuarat UMNO Cawangan Serendah
Persidangan cawangan-cawangan UMNO seluruh Hulu Selangor dah pun bermula sejak semalam. Seriau dengar ada cawangan yang tak cukup korum. Cawangan ecah minggu depan, tapi hari ni jam 2.30 ptg kena attend mesyuarat cawangan Serendah sebagai pemerhati dari wakil pu3 bahagian. Alhamdulillah cawangan ni semua sayap cukup korum dan selesai bersidang. Tahniah pakcikku menang bertanding jawatan Ketua Cawangan menggantikan atuk. Tahniah juga ketua pemuda, wanita & pu3 yang dilantik semula. Selamat menjalankan tugas untuk 3 tahun lagi. Selamat bersidang semua sayap di seluruh Hulu Selangor.. Bagi pu3 yang tak cukup korum, masih sempat lagi untuk atur persidangan yang lain sebelum 15 September.
P/s - Sempat tanya Ketua Pu3 HS tadi, ecah layak tak bertanding jawatan Exco Pu3 Bahagian.. Rupanya dah listed jadi Pengerusi Tetap. Alhamdulillah.. InsyaAllah... Kalau betul...saya terima.
RAYA 2013!!~
Raya kembali lagi.. Setelah berpenat lelah dengan mengemas rumah baru, dapat la juga menikmati Hari Raya tahun ni. Hmm, kami pagi-pagi lagi dah bersiap nak berhari raya.. Tahun ni lain sikit sebab raya dengan motor baru.. FZ150i warna hitam.. Jangan marah kami naik 4 beranak lagi tahun ni tau!!~ Hahaha..